Salam,
Syukur, Alhamdulillah Ya Allah atas anugerahMu yang tidak terhingga. Pada tanggal 1Rejab 1431H kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru kami sepenuhnya. Selama 2hari aku, suami, adik-adik ipar dan anak-anakku bergotong-royong mengemas dan mengangkut barang-barang ke rumah baru. Memang penat, tetapi puas kerana telah selamat berpindah ke rumah baru di KTC, Kulim, Kedah Darul Aman. Akhirnya dapat juga masuk ke rumah baru kami. Sebelum ini kami menyewa di Juru, Pulau Pinang. Walaupun sejauh 29km dari tempat kerja, suasana yang aman, tenang dan damai apabila sampai di rumah. Anakku pula tengah menyesuaikan diri mereka dengan suasana baru ini. Tiap kali waktu solat, Azan berkumandang di seluruh taman, Alhamdulillah surau hanya 10-15 tapak dari rumahku...Benar-benar berhadapan dengan surau... ^_^. Ya Allah aku amat bersyukur dengan kurniaanmu.. Kau telah makbulkan impian kami untuk mempunyai rumah berdekatan RumahMU...
Ya Allah kurniakanlah kemanisan dan taqwa kepada kami sekeluarga...Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang berhati suci, bercita-cita luhur sanggup memerintah diri sendiri sebelum memimpin orang lain dan mengejar masa depan tanpa melupakan masa lalu..
Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang beriman dan bertaqwa di jalan yang lurus dan Engkau redhai hingga Kami tidak tersesat di jalan yang Engkau murkai
Amin... Ya Rabbal Alamin...