Salam Ukhwah

Showing posts with label Doaku. Show all posts
Showing posts with label Doaku. Show all posts

03 April 2013

Doa Agar Suami diSayangi Selalu

Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94

Terjemahan ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

2: Dan Kami pun telah menurunkan beban daripadamu.

3: Yang memberatkan tanggunganmu,

4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

7: Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras

(untuk urusan yg lain).

8: Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.



: Bacalah surah ini sesudah solat fardhu.

: Niat agar selalu disayangi suami.

: Sesudah baca, hembuskan sambil meraup muka.



Antara kelebihannya juga :-

  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.

  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
p/s: Amalan yang bagus diamalkan..Boleh copy dan paste pada blog anda..

27 March 2013

Solat Tahajud dan Kelebihannya


Assalammualaikum wth..
Hari ini ibu nak berkongsi maklumat tentang tentang kelebihan solat tahajud.
Ibu dapat masa blogwalking pagi tadi. jom kita sama-sama baca.

Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat Sunat Tahajjud ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.

Solat Sunat Tahajjud-amalan Rasulullah

Solat Sunat Tahajjud
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan Solat Sunat Tahajjud ini sepanjang hayat mereka.

Doa Solat Sunat Tahajjud

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

Solat Sunat Tahajjud-jadikan amalan

Mari kita amalkan Solat Sunat Tahajjud untuk bekalan di akhirat nanti.

09 August 2011

.:: Doa Solat Dhuha::.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

15 April 2011

.:Doa Agar Mudah Melahirkan Anak:.

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W
Amin Ya Rabb...

16 July 2010

.::Ayatul Mahabbah::.

Doa untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di luar sana.

21 April 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

*Petikan dari laman web darussyifa.org, buat manafaat kita bersama.

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;



Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.



Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;



1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.



2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.



3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.



4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.



5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.



6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.



7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.



8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal



Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.



Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.



Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.





Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri



1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.



Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.


Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)



Wallahu’alam

09 December 2009

Happy Birthday Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Syukurku kehadrat Ilahi memberi keizinan kepada aku untuk bernafas dimuka bumi Allah ini hingga ke hari ini.... Hari ini aku merasakan kelainan yg amat sgt dlm diriku...mungkin umurku yg telah menginjak setahun lagi.... Syukur alhmdulillah aku dikurniakan keluarga yang memahami diriku & suami yang amat penyabar dan Kurniaan Mu pada ku sepasang cahayamata comel Ya Allah, amat bererti bagi ku agar dapat mereka juga meneruskan kehidupan bertonggakkan dua kalimah sehingga mereka pula beranak dan bercucu, InsyaAllah. Peliharalah kesihatan ku agar jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan pada ku. Halakan lidah dan perbuatanku agar dapat ku titip dakwah seruan Mu dalam kerja ku dengan cara ku. Kau maha mengetahui mengapa Kau ciptakan aku dan letakkan aku di tampuk ini. Wallahualam. Siapa lah aku dan orang lain untuk menghakimi kerja ini jika ini juga kebolehan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara di dunia ini.


Ya Allah..Ya Tuhanku... kumemohon dariMu agar dapat mendidik hatiku ini ke arah yang kau redhai....Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau terus pesan-pesan sayang Mu pada mereka yang rapat dengan ku agar terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amal ku, dalam ibadah ku, dalam kerja ku, dalam suka ku, dalam duka ku dan dalam tangunggjawab ku. Kau anugerahkan aku dengan saudara ku yang senantiasa bersama ku di waktu senang dan susah. Juga rakan ku di waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini, aku terus melangkah yakin kerana aku tahu, Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku kearah Mu.
Ya Allah aku terlalu lemah Ya Allah... hanya dengan kuasamu aku mampu berdiri didunia ini...Bimbinglah diriku Ya Allah...kerana aku takut aku lalai di dunia ini.... hanya cintamu dudambakan... Cinta kepadamu adalah yg paling Agung mengatasi yang lain... Ku harapkan keberkatan dalam hidupku Ya Allah...
Perkenankanlah segala permintaanku ini Ya Allah..... Amin Ya Rabb Alamin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)