Salam Ukhwah

Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

10 January 2013

Amir Ke AMPAC, KULIM

Bismillahhirrahmannirrahim..
Alhamdulillah ..akhirnya dapat ku jejakkan jari-jemariku menulis blog sulongku ini..
lama sudah rasanya aku meninggalkan blog ini..lantaran kesibukanku setelah suami ke USA, dan kembali ketanah air dis yg lalu..
Awal tahun baru pula sibuk dengan pendaftaran Amir Rahimi di tahun satu...dan kak ngah di Pra-Tadika.



Memang Bizi dan kalut awal2 pagi..dalam meguruskan mereka...

Oh ya malam tadi hari pertama Amir Rahimi Ke kelas AMPAC, KULIM buat pertama kali kumpulan pertama di kulim... Kelas BeEz ini bermula pukul 8.15-10.15malam... Kelas khas

Apa itu AMPAC?...
Jom kakma citer-citer sikit...AMPAC ialah  Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (Ampac).
Akademi Ampac membentuk anak bangsa dan  sebuah akademi yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan kanak-kanak dan remaja. Fokus Ampac adalah untuk membangunkan potensi kanak-kanak dan remaja menerusi modul program yang mengkombinasikan sukatan akademik dan juga aktiviti rekreasi.


Akademi ini menekankan kedua-dua prinsip berkenaan dengan mendalam bagi mencungkil kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanak-kanak dan remaja. Kami juga lebih menjurus kepada soft skill atau kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan dan kepimpinan
OK..untuk maklumat lebih lanjut boleh klik laman web AMPAC ye.. ^_^

Mengapa kakma katakan begitu???...Amir kakma & suami hantar ke modul Beez melalui program Brilliant Students Skill dan English Zone terbukti berkesan dalam menajamkan minda dan memperkayakan kemahiran kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
“Ia berasaskan kepada dua modul iaitu teknik belajar dan kemahiran berbahasa Inggeris. Modul ini telah melahirkan ratusan kanak-kanak yang berkeyakinan, berketerampilan dan sukses dalam pelajaran. Matlamat kami adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang hebat di dalam dan di luar kelas, bukan sekadar cemerlang di atas kertas.   Kelas pertama malam tadi Alhamdulillah Amir memberikan maklumbalas positif dan dapat beg baru dan buku modul sepanjang 6bulan program ini berlansung... Seminggu sekali dan dan 4minggu sebulan...setiap rabu mlm khamis...Kami cuba cungkil apa potensi Amir...Sebab ada 9kebijaksaan manusia di dunia ini. Nak tahu yang mana tahu cenderung Amir...Akan kakma update cerita-cerita sepanjang 3minggu lepas..tggu ya...   Nanti Kakma akan update gambar2 Amir di dalam Kelas AMPAC pula enjoy & learning... ^_^.
ok..ni fb untuk ampac penang
http://www.facebook.com/AMPACPENANG

04 January 2011

School Again \\^_^//

Assalammualaikum wth,
Pada 3/01/2011 bermulalah sem baru pada semua anak-anak yg bersekolah. Samalah dengan diriku, semalam Amir Rahimi dah mula bersekolah tadika semula. Setelah 1bulan pada bln 12 yg lalu cuti. Tapi ibu masih menghantar Amir ke sekolah, hanya aktiviti dalam bilik darjah sahaja dilakukan seperti melukis,mewarna dan lain-lain lagi. Maklumlah ibunya bukan seorang cikgu, jadi cuti sem Amir tetap kan ke sekolah tadikanya di "ALAMKU". Hairan pula ibu, Amir liat pula nak bangun kesekolah pagi ini, puas ayah dan ibu gerak untuk bangun. Akhirnya ayah terpaksa bertegas untuk bangunkan Amir dari lenanya. Memang kesian tengok Amir dimarahi..Tapi kukenal suamiku jarang sangat-sangat marah anaknya, sesekali marah sayu gak hatiku..tapi niat suami untuk mendidik dan supaya Amir ada displin seperti kami ketika kecil dahulu. Teringat ayahku seorang anggota tentera amat tegas dalam mendidik anak-anak, sedikit sebanyak sifat ketegasan itu mengalir dalam darahku. Mungkin juga ibu anak yang sulong. Menjadi role model kepada adik-adik...Semoga pengalaman yg Amr lalui pagi ini adalah pengajaran untuk didikan dalam dirinya. Dan 1 hari nanti Amir akan faham kenapa ayah dan ibu buat begitu kepada Amir.
Wassalam

02 June 2010

Amir Ikut ke Pejabat

Salam..

Pagi ni 2 jun 2010, memang tak dijangka ada sahaja yang berlaku...Anak sulongku Amir telah menyembur matanya dengan minyak wangiku. Apa lagi..terus meraung kepedihan matanya..Aku masa tu kat dapur tgh basuh botol susu anak-anak. Terus ku bimbing Amir ke singki dapur untuk cuci matanya. Masih mengadu pedih sambil meraung kepedihan. Aku pun sebak tgk matanya...

Di tambah lagi bila matanya & muka tiba2 bengkak dan merah...Aku cuci mukanya dan letak beberapa titik "eye more" kat matanya... Masih terpejam dan menangis dari rumah smpi nursery & tadikanya...

Sampai di tadika, Cikgu Zaleha memujuk Amir untuk ke sekolah... Puas aku & cikgu pujuk tetap berkeras tidak mahu turun dari kereta. Akhirnya aku putuskan membawanya ke pejabatku.. Sebab jam tanganku telah menunjukkan pukul 8.00pagi.. Aku perlu msk ofis sblm pukul 8.30pagi. Kalut juga aku membawa kereta pagi tadi..Risau jika terlewat masuk ofis...Sepanjang perjalanan aku berpesan dengan Amir agar menjaga tingkah laku semasa di pejabat ibu. Risau gak jika ada miting gempar..manalah aku nak letakkan anakku ini...Letak dalam bilik aku memang boleh tapi...confirm Amir teriak menangis tinggal dalam ofis sorang2...Alhamdulillah PA Bos aku kata, tak ada miting apa2, Hanyalah perbincangan di kalangan pegawai kanan Tanah.
 
Fuhhh.... lega... Ketika aku menaip blog ini, Amir ada di sebelah aku... baru lps mandi waktu zohor tadi dan tengah rehat...Alhamdulillah tak ganggu aku kat pejabat ni..dan tugasan aku... Aku telefon suami dan katakan Amir ada kat ofis ma, terkejut suami aku. Tapi aku kata, Amir tak ggu aku dan tugasan aku kat pejabat... Kesian pula bila teringat Batrisyia sorang2 kat nursery..tentu tercari2 abangnya... Lagi 2jam 20minit baru akan habis waktu kerja... Malam ni sambung semula tugas pack2 kotak2 untuk pindah ke rumah baru. Selagi tak habis kemas & pindah selagi itu tak selesai lagi...

24 May 2010

Markah Sem 1 Amir.

Salam...
Dah lama sungguh aku x update blog aku ini. Terlalu sibuk & terikat dengan tugasan harian. Tambahan pula aku dah bergelar pelajar PJJ hujung minggu di UTM. Memang menguji kesabaran yang amat tinggi. Yang menuntut aku supaya membahagikan masa dengan antara belajar, bekerja, isteri kepada Mr.Rizal dan ibu kepada Amir Rahimi & Batrisyia.
Baru-bari ini amir dah amik exam sem 1 kat Tadika Bistari, Bukit Minyak. Amir dalam kelas "STARFRUIT". Umur Amir bulan 7 ni, genap 4tahun. Semasa naik kereta, Amir kata, "ibu..ibu..amir dah dpt result exam... Nanti ibu tengok yer..." Muka Amir ceria dan tersenyum sepnjg dalam kereta. Aku pun x sedar bila masa exam Amir... Tambahan pula aku bulan lepas pun sama sibuk dengan final. Sampai ja di rumah aku pun melihat keputusan exam amir sem 1, Alhmdulillah dan rasa sebak sangat, sebab x sgka, semua mata pelajaran Amir dapat A, dengan peratusan 85%. Kedudukan dalam kelas No. 4/25. Syukur alhmdulillah... Apabila suamiku pulang dari bekerja, Amir terus tunjukkan keputusan exam nya. Ayahnya pun mcm tak percaya. Bila ayanhnya uji semula, memang nampak Amir semakin maju kehadapan. Ayanhnya pesan agar Amir belajar secara bijak dan dapat No.1 pada sem 2 nanti.Aku & suami nampak perbezaan yg amat ketara pada Amir, sebelum masuk TADIKA dan selepas.  dalam usianya yg baru menginjak 4tahun julai ni...dapat menyaingi rakan2 yg usia lebih tua darinya. Syukur padamu Ya Allah.... atas anugerah & amanah yang tidak terhingga yang kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku doakan agar Amir menjadi anak yang soleh & khalifah islam yang berjaya di dunia & akhirat. nanti aku akn update gambar2 ujian Sem 1 Amir untuk tatapan kawan-kawan di luar sana.

08 January 2010

Amir Ke Tadika 4 Jan 2010



Amir di depan tadika dgn uniform baru & beg Ben 10

 
Melambai kwn2 di dalam tadika

Amir melangkah masuk ke sekolah

Salam....

Dah lama sungguh aku tak update blog aku...untuk tahun 2010 ni..Inilah kali pertama aku menulis bg tahun ini. pada 04012010 yg lalu...bermulalah hari pertama amir melangkah ke tadika... Aku yg hampir terlupa yg amir akn msk sekolah tadika tahun ini. Sebagai ibu bapa, aku dan suami membuat persiapan yg sederhana untuk amir... Beg sekolah, alat tulis dan etc.. Sebut beg sekolah..amir mmg suka "Ben10" aku yakin kat luar sana tau karton ni..yg menjadi kegilaan kanak2... Yang menariknya..thn ni senang nak kejut pi tadika...bila kejutkan jer nak msk dlm kereta..aku akan kata" Amir..bgn sayang...nak pi sekolah tak"..dgn deras amir bangun dan msk dlm kereta tanpa byk soal...1 perubahan yg positif aku tgk... slps 3hr ke tadika...aku tanyakan perkembangannya dr cikgunya.. Cikgu kata Amir sgt seronok ketika dlm kelas..mengikut kata dan pandai bergaul dgn kwn2...w/pun baru berusia 4thn..mungkin aku dah htr Amir kat nursery sejak 3bln usianya...Semalam aku singgah pasar mlm dgn adiknya Batrisyia..aku belikan buku color..apalagi cartoon Ben10 gak dgn pensil warna...aku tgk dah pndai mewarna..w/pun x kemas mana...bg aku ia 1 permulaan yg baik..serta dan mula mengira 1-10 in english...
Amir... Ibu & Ayah doakan agar amir cemerlang didunia & akhirat...kerana Amir adalah ank sulong..Abg kepada Batrisyia dan adik2 yg bakal menyusul..Insya Allah... Aminn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)