Salam Ukhwah

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

16 April 2013

Batasan Aurat dan Hukum : Anak Menantu dengan Mertua Tiri

Bismillah..
Sudah lama persoalan ini bermain difikiranku ini..Bolehkah aku bersalam dengan mertua tiriku...Jika mertua kandung..hukumnya aku dah tau..tapi dengan mertua tiri..saya yang cetek ilmunya ini masih tercari-cari dalil dan hukumnya..

Errmm...Setiap kali pulang ke rumah mertua hati ini menjadi tertanya2… ya…. kalau mertua saya tahu apa hukumnya.. tapi kisah aku lain sikit… sebab saya mempunyai bapa mertua tiri…Pada mulanya perkahwinan, saya selalu bersalaman dengan bapa mertuaku iatu ayah tiri suamiku… tapi setiap kali saya bersalaman… diri ini selalu musykil.. apakah keterbatasan saya dengan bapa mertua tiri ini??? adakah saya boleh bersalaman dengan beliau?...dan batasan auratku pula bagaimana?...

Pagi ini, saya telah menjumpai jawapannya dari sebuah blog Dunia Ilmuan Islam..Terima kasih atas perkongsian beliau..

Mari kita baca selanjutnya kisah ini:

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah bermadah:

نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.
Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:
1- Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan ke atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu.

Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut;
1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.

2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa’;
وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم . Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis

وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).

3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga

وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.

Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .


RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI
1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram, manakala hubungan di antara bapa mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.

2- Di dalam kitab مغنى المحتاح karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)

3-Wajib bagi perempuan tersebut sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.

4- Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)

Lantaran itu, mana-mana wanita yang berhadapan dengan situasi sebegini hendaklah bijak dalam menangani masalah tersebut agar prinsip agama tidak tergadai. Bak kata pepatah Melayu seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus , tepung tak berselerak.

Dan kini: Alhamdulillah sudah terjawab sudah apa yg bermain di fikiranku selama ini… ya.. mertua tiri tidak diharamkan selamanya utk dikahwini… maka segala hukum berkaitan aurat dan keterbatasannya sama seperti ajnabi… Ayah maaf segala keterlanjuran bersalaman bersentuh selama ni… kerana rasa hormat anak terhadap ayah itu menyebabkan saya bersalaman dengan ayah tanpa memikirkan hal lain… :D

03 April 2013

Doa Agar Suami diSayangi Selalu

Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94

Terjemahan ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

2: Dan Kami pun telah menurunkan beban daripadamu.

3: Yang memberatkan tanggunganmu,

4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

7: Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras

(untuk urusan yg lain).

8: Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.



: Bacalah surah ini sesudah solat fardhu.

: Niat agar selalu disayangi suami.

: Sesudah baca, hembuskan sambil meraup muka.



Antara kelebihannya juga :-

  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.

  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
p/s: Amalan yang bagus diamalkan..Boleh copy dan paste pada blog anda..

27 March 2013

Fadhilat memelihara solat sunat dhuha


Fadhilat memelihara solat sunat dhuha

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.


Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekiar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari (sebelum masuk waktu zohor).


Solat sunat boleh dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat, enam rakaat atau 8 rakaat. Saidina Ali r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha 6 rakaat, pada 2 ketika iaitu ketika terbit matahari 2 rakaat dan ketika matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak 4 rakaat.


: 


Selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah As-syams.
Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah, dibaca surah al-dhuha atau Al-Lail.


(Catatan : Jika tidak hafal surah yang disarankan di atas, boleh dibaca surah yang lain. Asalkan niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Doa solat dhuha boleh dirujuk di sini .





 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Solat ini juga sebagai simbolik kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang hamba kepada penciptanya.


Kelebihan yang lain:


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 


Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.

 
  kt:melurhasanah

Doa Solat Dhuha

Assalammualaikum wth..para sahabat yang dikasihi sekalian,

Ibu, ingin berkongsi maklumat tentang solat dhuha..Semoga ibu kembali istiqomah mengerjakannya kembali...Terima kasih blog melurhasanah yang berkongsi info ini.
Kita sering terdengar di radio doa dhuha kan?..Semoga perkongsian ini bermanafaat buat ibu dan para sahabat maya yang dikasihi sekalian...
Doa ini tidak bersumber dari Nabi SAW, tidak juga diriwayatkan dari perkataan salah seorang sahabat baginda radiyallahu'anhum mahupun dari para tabi’ien. Cuma, ia merupakan satu doa yang dibaca oleh seorang wanita Arab Badwi di ‘Arafah berdasarkan riwayat daripada al-Dainoori di dalam al-Majalisah wa Jauhar al-‘Ilmi dengan sanadnya dari al-Asma’ie. Inilah juga yang dinukilkan oleh al-Hafidz di dalam al-Bayan wa al-Tabyin dan al-Zamakhsyari di dalam Rabi’ al-Abrar serta selain mereka berdua.
سمعت أعرابية بعرفات وهي تقول : اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله ، وإن كان في الأرض فأخرجه ، وإن كان نائيا فقربه ، وإن كان قريباً فيسره

Maksudnya: “Saya telah mendengar seorang wanita badwi ketika berada di Arafah berdoa: Ya Allah sekiranya rezeki saya berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada di bumi, maka keluarkanlah ia, jika ia berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia dekat, permudahkanlah ia.”

Doa ini secara keseluruhan merupakan permohonan agar dipermudahkan memperolehi rezeki dan ia termasuk dalam perkara atau permintaan yang diharuskan serta tiada masalah melakukannya.

Sungguhpun demikian, sebaik-baik perkataan untuk memohon doa kepada ALLAH SWT sebagaimana petunjuk daripada Rasulullah SAW iaitu berdoa dengan menggunakan lafaz al-jawami', yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat seumpama lafaz doa ini :

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار
Maksudnya : “Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.”

Juga doa :

( اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ )

"Ya Allah cukupkanlah AKU dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan aku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” ( Hadis riwayat al-Tirmizi,dinilai Hasan oleh al-Albani )

Sudah pasti bila ALLAH SWT Yang Maha Kaya dan Rasulullah SAW yang merupakan kekasih-NYA menganjurkan doa-doa ini, maka sudah barang tentu juga itulah doa yang paling disukai di sisi-NYA, lantaran sesuatu kebaikan pada perhitungan kita tidak bermakna ia juga baik pada perkiraan Yang Maha Esa......Dan semoga rezeki yang melimpah, turut menjadikan ketaatan dan kebajikan kita bertambah 


Ambilan dr facebook Noraslina Jusin

14 January 2013

Kisah Pedoman 2- Kejujuran Sheikh Abdul Kadir al-Jailani


Sumber : Google.com
Sheikh Abdul Kadir Jailani pergi ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dia mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad dari rumahnya. Sebelum bertolak, ibunya memberi sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Ibunya menyembunyikan wang itu pada bahagian lengan baju anaknya dan dijahitnya supaya tidak diketahui orang.

Setelah siap, ibunya pun berpesan kepada Sheikh Abdul Kadir, “Hai anakku, dengarlah baik-baik pesan ibu ini. Bila kau dalam perjalanan dan berada di negeri orang, engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh berdusta. Hendaklah kau ingat hai anakku akan sabda Rasul bahawa amanah itu kejayaan. Berlaku benarlah baik dalam tutur kata mahupun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.”

Ketika dalam perjalanan mengikuti kafilah yang pergi ke Baghdad itu, tiba-tiba mereka diserang oleh satu angkatan penyamun. Segala barang yang dibawa oleh kafilah tersebut, termasuk barang kepunyaannya turut habis dirompak.

Kemudian, seorang penyamun bertanya kepada Sheikh Abdul Kadir, “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Cakaplah benar kepadaku!” bentak penyamun itu dengan suara yang keras.

“Ya ada! Aku ada 40 ashrafis” ujar Sheikh Abdul Kadir dengan tegas dan bersahaja.
Penyamun itu terkejut mendengarkan kata-kata tersebut kerana menyangka budak itu mahu mempersendakannya. Pada fikirannya tidak mungkin seorang budak boleh memberitahu kepada seseorang penyamun bahawa dia masih punya wang.

“Apakah engkau mahu memperolok-oloklan aku?” tanya perompak itu lagi dengan penuh hairan.

“Tidak! Sungguh tuan, saya tidak berkata dusta,” sahut Sheikh Abdul Kadir.

“Tuan, tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya. Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu. Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci sekali bercakap bohong. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini, hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak akan sesekali berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!” sambung Sheikh Abdul Kadir dengan penuh semangat.

Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut mendengar kata-kata itu. Dia merasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikitpun. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun membawa Sheikh Abdul Kadir berjumpa ketuanya.

“Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang?” tanya ketua penyamun.

Sheikh Abdul Kadir menjawab dengan berani “Nama saya Abdul Kadir dan saya datang dari Jilan”

“Kemana engkau hendak pergi?”

“Baghdad,” jawabnya ringkas.

“Untuk tujuan apa kau kesana?”

“Saya hendak menuntut ilmu.”

“Bagus! Bagus! Engkau tentu bawa wang bukan?” tanya ketua penyamun

“Benar! Saya mempunyai 40 ashrafis,” sekali lagi Sheikh Abdul Kadir menjawab dengan penuh jujur.

Demi mendangarkan pengakuan Sheikh Abdul Kadir itu, ketua penyamun terkejut lantas berkata lagi “Apa benarkah apa yang engkau katakan hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?”

Maka sambung Sheikh Abdul Kadir “Benar tuan! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong. Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan akan sia-sialah asuhan dan didikan ibu saya!”

Dengan kuasa Allah s.w.t., ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Sheikh Abdul Kadir yang penuh keimanan dan hikmah itu lantas menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan dan keinsafan, ketua perompak itu memohon maaf dari Sheikh Abdul Kadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu.

P/S: Bukan Mudah Pada Zaman ini mempunyai kehebatan iman dan taqwa seperti Sheikh Abdul Kadir al-Jailani.

Sumber : Ukhti Norziati

Anatomi Mukminah

Sekilas Perkongsian mengenai Anatomi Mukminah.

10 August 2012

Fadilat Zikir Asmaul Husna

Assalammualaikum wth,
Alhmdulillah hari ini sudah 21hari kita berpuasa... Alhmdulillah..syukur padamu Allah. Petang jumaat yang mulia ini, KakMa ingin berkongsi tentang Fadilat yang sangat besar iaitu Asmaul Husna. Terima kasih kepada Portal Komuniti Muslimah, Hanan.com atas perkongsian ini.

Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah .a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 tak setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 tak setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 tak setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.


5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 tak setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.


6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 tak, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 tak, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 tak sesudah solat fardhu

Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 tak sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 tak pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.


11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 tak, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.


12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).


13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 tak selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 tak, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 tak, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 tak sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 tak, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 tak sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 tak sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 tak setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.


21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 tak setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.


23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 tak setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.


24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 tak, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 tak setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.


28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 tak sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 tak pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.


30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 tak setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.


31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 tak selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 tak setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 tak kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.


35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 tak sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.


37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 tak (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.


38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 tak selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).


39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 tak, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.


41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 tak sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.


42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.


43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 tak ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 tak setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....


45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 tak sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 tak setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.


48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 tak pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.


49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 tak, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 tak dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.


51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 tak secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.


54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.



59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 tak setiap hari. InsyaAllah....



60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 tak setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.



61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 tak setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.



62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.



63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.



64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 tak setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.



65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.



66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.



67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 tak setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...



68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.



69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 tak setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.



70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.



71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 tak setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".



72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.



73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 tak setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.



74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 tak sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.



75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 tak selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.



76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 tak sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini



78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.



79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.



80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.



81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.



82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.


83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu sama ada pada waktu siang mahupun malam.


84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 tak sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.


85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 tak setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.


88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.


89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.


90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 tak pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.


91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 tak pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.


92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.


94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 tak selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 tak selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 tak. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.



99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.



Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.



Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"


2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.


5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.


6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).



KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)