Tips menyusukan anak ketika berpuasa
Menyusukan
anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia
akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan
untuk berbuka puasa.
Saya juga menyusukan anak ketika berpuasa tahun lepas secara eksklusif. Alhmdulillah susu tidak drop malah makin bertambah. Nutrisi yang cukup dan persediaan ibu amat penting untuk menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah pagi ini saya ingin berkongsi tips2 penyusuan dari blog
susu terbaik
Asasnya
berpuasa tidak mengganggu
pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu
ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda
minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Berikut
adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan
anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.
(1)
Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk
membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa
sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8)
Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang
proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah
digalakkan.
** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting.
Sumber dari :
Susu Terbaik