Salam Ukhwah

01 January 2011

Migrain Attack!!!!!!

Alhamdulillah dan syukur di atas ujian Allah ini. Genap usia kandunganku 20minggu, Ibu diserang migrain yang telah lama menghilang. Kali terakhir ibu mengalami ketika di matrikulasi KMM, Londang ketika usiaku 18tahun. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Kini genap usia ibu 29 tahun, ibu mengalaminya lagi. Cuma kali ini ibu membawa anak kami yg ke-3. Setiap pagi slps subuh migrain ibu kembali. Sakit sebelah kanan kepala. Sampai nak buka mata pun tidak mampu... Pernah sampai 1 tahap ibu hampir pitam, suamiku terus menghantarku ke wad kecemasan HK. Di sana ibu dimasukkan 1 botol air dan rehat dalam wad. Doktor yang merawatku berkata, "maaf kak, kami x ada ubat bagi ibu yang mengandung, hanya PCM sahaja yg boleh diberi"... Ibu hanya redha dengan ujian ini. Dan berbincang dengan suami untuk mencuba ke Darusshifa' bagi mencari penawar, lantaran migrain ini sudah hampir 14hari berlarutan.
Akhirnya pada malam 19/12/2010, suamiku membawa ibu ke Darussyifa' di Kulim, Kedah.
Alhamdulillah dengan keizinanNya migrain ibu sudah semakin pulih. Bersyukur kehadratmu Ya Allah...
Kini jarang ibu mengalami sakit kepala lagi.
Syukur alhamdulillah...

Tahun 2011


Salam Tahun Baru 2011 buat semua rakan mayaku...Maafkan aku sudah terlalu lama aku meninggalkan blog kesayanganku ini, lantaran terikat dgn tugas dan tanggungjawab. Doaku kepada semua agar tahun baru ini mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Kuasa dan bertambah matang dalam melalui liku-liku kehidupan di muka bumi Allah ini. Ingatan buat diriku dan rakan-rakan diluar sana semoaga sentiasa sebuah petikan kata-kata hikmah ini:
Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina”

(Abu Sulaiman Ad Daroni)

Bertemu lagi di lain waktu.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)