Salam Ukhwah

24 December 2009

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Salam...semasa singgah kat MomBloggers Planet.. arma terlihat artikel ni..jadi arma rasa wajar utk arma sebarkan pd kwn blogger yg lain... Selamat Membaca dgn  mata hati... artikel ini dari ustazcahaya blogspot..ada di URL title...

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Anda digalakkan untuk menyebarkan artikel ini kepada umat Islam yang lain. Artikel ini juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris. Sila rujuk semula ke sini, kerana link untuk versi bahasa Inggeris artikel ini akan saya siarkan sesudahkan diterbitkan di MomBloggersPlanet

Tinggal beberapa hari lagi menjelang Krismas. Ramai berada dalam delima semasa perayaan ini. Apa hukumnya? Bolehkah tidak? Jika boleh bagaimana? Jika tidak boleh, mengapa? Kepada golongan yang bertanya dan masih memikirkan hukum-hakam dan boleh tidak, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih mementingkan agama, hukum hakam dan dosa pahala. Namun, realitinya lebih ramai yang mengambil sikap tidak apa. Bagi mereka ‘ala cuma ucapkan selamat Krismas, beri hadiah dan kad ucapan, pasti tidak apa-apa’. Sesungguhnya, setiap bangsa dan kaum memiliki hari raya masing-masing. Islam sebagai agama yang murni, adil dan bersikap terbuka, memberi kebebasan kepada semua manusia untuk menyambut hari raya masing-masing. Begitulah yang dianjurkan oleh agama Islam melalui firman Allah (SWT) di dalam Al-Quran, Surah Al-Kafirun.

Firman Allah (SWT):
"Katakanlah: "Wahai orang-orang yang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".
(Al-Quran, Surah Al-Kafirun, 109: Ayat 1-6)


Sebagai umat Islam, kita tidak pernah disuruh untuk menghalang orang lain mengamalkan agama yang mereka anuti, selagi mereka tidak mengancam keselamatan kita dan agama kita. Sebagaimana mereka bebas ‘memilih tuhan’ begitu juga mereka bebas untuk merayakan perayaan masing-masing.

Seperkara lagi yang kita harus fahami, ada umat Islam yang masih memiliki saudara mara yang beragama Kristian, ada di antara kita yang tinggal di luar negara dan lebih penting kita hidup di negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama.

Islam adalah agama untuk semua bangsa dan kaum manusia. Islam adalah agama yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa di kalangan manusia. Malah, Islam menganggap kepelbagaian tersebut sebagai tanda kekuasaan Allah (SWT) yang setanding dengan penciptaan langit dan bumi. Hikmah daripada tanda-tanda tersebut hanya dapat diperhatikan dan difahami oleh manusia yang berfikir.

Firman Allah (SWT):
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”.
(Al-Quran, Surah Ar-Rum, 30: Ayat 22)



Saya tidak bercerita tentang hukum hakam di sini, kerana saya tidak layak untuk itu. Lagipun, pelbagai hukum hakam telah diutarakan, yang kadang-kadang menjadikan masyarakat serba salah. Di sini, saya berikan sedikit panduan untuk kita bagaimana sepatutnya kita sebagai muslim bersikap ketika perayaan Krismas. Panduan sperti ini adalah penting, terutama kepada golongan muallaf, yang masih memiliki keluarga atau sanak saudara yang beragama Kristian, juga untuk rakan-rakan muslim kita yang berada di luar negara, yang negara itu pula didiami majoriti masyarakat Kristian.

Saya suka bersikap sederhana dan bertolak ansur. Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilai lima panduan yang saya cadangkan di sini.

1. Selalu berpegang kepada prinsip Surah Al-Kafirun.
Bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk berhari raya, biarkan mereka berhari raya. Jangan pula sehingga kita ikut berhari raya bersama mereka. Namun, sekiranya pada sambutan hari raya mereka itu, mereka gunakan untuk menyesatkan umat Islam dan menyerang agama kita; kita tidak boleh berdiam diri.

Sekiranya kita benar-benar berpegang dengan prinsip Surah Al-Kafirun ini, tidak ada alasan untuk kita melakukan perkara yang dilakukan oleh mereka yang menyambutnya seperti; memakai topi Santa claus, menghias rumah dengan pokok Krismas, memberikan hadiah dan melakukan atau memakai apa-apa yang boleh ditakrifkan sebagai simbol khusus untuk Krismas dan Kristian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbuatan, pakaian dan simbol agama lain, anda boleh membaca garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Bersederhana dan bersikap bijaksana.
Islam adalah agama yang menunut kesederhanaan dan kebijaksanaan. Jika kita tidak punya sebab yang mendesak dan kukuh, tidak perlu untuk kita mendahului mengucapkan selamat sempena hari Krismas. Sekiranya, kita ada ibu bapa atau saudara mara yang beragama Kristian, mungkin wajar bagi kita mengucapkan selamat hari krismas kepada mereka. Dalam masa sama, berdoalah agar mereka mendapat hidayah Allah.

Begitu juga, jika kita seorang pemimpin, seperti Perdana Menteri kita, mungkin beliau perlu mengucapkan selamat kepada rakyatnya yang menyambut krismas. Ini adalah untuk menunaikan tugas beliau sebagai pemimpin yang memimpin manusia perbagai bangsa dan agama. Beliau tidak boleh memulaukan rakyat yang beragama lain dari beliau. Mungkin juga anda ada rakan-rakan yang beragama kristian dan mereka pula baik dengan anda. Untuk menjaga hubungan, tidak salah mengucapkan selamat hari raya kepada mereka. Juga, doakan mereka agar dibimbing Allah.

Berhati-hati ketika mengucapkan 'Merry Christmas'. Mungkin lebih baik dan bijak untuk menggunakan ucapan lain seperti; 'Selamat menyambut hari raya kamu', 'Selamat 25 Disember dan tahun baru' atau 'Selamat Menyambut X-Mas Kamu' (sebutlah sebagi 'x' untuk X-Mas menggantikan Christmas.

3. Muslim menghormati non-Muslim selama mana mereka tidak memusuhi Islam.
Selama mana non-muslim yang kita kenal tidak menghina Islam, tidak menyerang orang Islam, tidak menghancurkan umat Islam serta tidak mengganggu-gugat agama Islam dan penganutnya, selama itu umat Islam akan menghormati mereka. Malah, sebagai manusia, kita wajar menyayangi mereka dan berusaha serta berdoa agar mereka mendapat petunjuk hidayah Allah (SWT).

Perayaan mereka boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

4. Miliki jati diri muslim.
Jika kita dijemput ke majlis yang mereka anjurkan, perkara pertama yang kita perlu pastikan ialah soal jamuan pada majlis itu. Apakah makanan dan minuman yang disajikan adalah halal untuk kita atau sebaliknya. Kita bertanggungjawab menerangkan dengan cara yang bijak kepada rakan kita tentang soal makanan dan minuman. Kedua, pastikan ia adalah majlis yang tidak berunsur ritual keagamaan. Kemudian, tempatnya di mana.

Sebagai muslim, jaga akhlaq dan adab kita ketika berada di majlis. Jika muslim juga meminum arak, lalu apalagi yang mampu kita katakan kepada orang itu? Majlis mereka juga boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

5. Jaga diri kita, Insya Allah mereka juga akan menjaga dan menghormati kita.
Jika kita sebagai muslim tidak menjaga akidah, akhlaq dan martabat kita, maka apakah layak untuk kita mengharap orang lain untuk menghormati kita. Di mana pun kita berada, jagalah akidah, akhlaq dan imej Islam yang kita anuti. Insya Allah dengan bantuan Allah, mereka juga akan menghormati dan menjaga kita.
Bagaimanakah semua akan terjaga jika umat Islam sendiri meminum arak, menari bersuka ria di kelab malam dan disko, dan bergaul bebas dengan rakan bukan Islam?

Beberapa rujukan di bawah mungkin membantu anda:
1. Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
2. Aidilfitri Mengekori Krismas

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)