Salam Ukhwah

21 April 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

*Petikan dari laman web darussyifa.org, buat manafaat kita bersama.

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;



Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.



Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;



1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.



2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.



3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.



4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.



5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.



6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.



7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.



8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal



Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.



Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.



Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.





Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri



1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.



Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.


Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)



Wallahu’alam

12 April 2010

Berlajarlah Berbudi Bahasa


Salam..
Pagi ini aku dan juruteknikku tengah buat set up utk CCTV storage yg baru pejabat ku beli. Setelah siap install dan setting.. ada 1 bahagian di mana Storage dapat merekod motion... dalam format yg kami kehendaki. Tapi apabila playback tidak seperti dalam format yang dikehendaki. Lalu kami membuat keputusan untuk telefon vendor... Talian di smbut oleh seorang lelaki yg bernama S*********** > Juruteknik ku bertanya dengan penuh sopan dan memberitahu masalah yg pihak kami hadapi dengan hardware itu..tapi apa yg kami dapat maki-hamun pulak oleh makhluk S********* ni. Kami sabar mendengar. Memang kurang ajar punya vendor... Inilah kali pertama dapat layan "on the phone" dgn tidak bersopan,..hilang sudah budi bahasanya.  Yang paling buat aku kesal ialah dia sebangsa denganku dan beragama islam... Hilang sudah adat ketimuran yg amat menitik beratkan budi bahasa..  Si S************* ni bernasib baik, kerana juruteknik aku yg telefon..jika aku pasti aku akan matikan tiap ungkapan kurang ajar si S******* ini.... Maaflah aku cakap... dahlah company ciput..tapi berlagak. Selama aku berurusan dgn company besar, tidak pernah kujumpa staf yg tidak ada budi bahasa.. Malah dengan rasa rendah diri berhadapan dgn customernya...
Hhhmmmm....macam-macam... hilang mood pagiku yg baik....

05 April 2010

Kereta Break Down Di Spg Ampat

Salam..
Rasanya terlalu lama aku tidak update blog aku ini. Pagi ini sesuatu telah terjadi padaku... Hatiku pagi ini berdebar-debar. terasa bagai terasa akan berlaku sesuatu. Anak-anakku seperti biasa ceria nak ke nursery dan sekolah masing-masing.  Setelah smpi di nursery dan tadika, aku turunkan anak-anakku untuk ke tempat asuhan dan tadika. Lalu aku beredar seperti biasa ke tempat kerjaku di Selatan Penang. Sampai di Simpang Ampat, aku berhenti di Shell berhampiran untuk mengisi minyak keretaku... Dan jadi kewajipan bagiku akan matikan enjin ketika mengisi minyak..Selepas selesai mengisi, aku pun memulas kunci keretaku untuk menghidupkan enjin...tiba-tiba...enjin keretaku x bleh hidup. Aku mencuba berkali-kali...namun keputusannya tetap sama. Lalu aku meminta attendant pam, mamat bangla untuk tolong tolak kereta ketepi tempat letak kenderaan di Shell situ. Aku ucapkan terima kasih. Lalu dgn selamba aku bukak bonet kereta, takut battery keretaku down. Aku bukak lampu kereta & horn..semuanya ok...Hati mula panik...lalu aku hubungi rakan sekerjaku memberitahu keadaan keretaku. Selang 30 minit.Rakan sekerjaku seramai 2orang datang ke tempat kereta aku "break down". Mereka pun cuba memeriksa keretaku..Keputusannya tetap -ve. Hanya yg mampu kubuat skrg ialah meminta mekanik mai ke keretaku. Kemungkinan besar "starter" kereta aku rosak..yg hairan pagi tadi ok...Bila dipertengahan jalan mula buat hal. Apa yg perlu aku lakukan ialah redha dengan ujian Allah ini...Aku lewat smpi ke pejabatku 1jam. Aku hubungi suamiku, untuk memberitahu keadaan kereta yang rosak......... Sekarang di bengkel...tggulah result kereta ku petang ini. Harap2 dpt disiapkan sblm ptg ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)