Salam...
Dah lama sungguh aku x update blog aku ini. Terlalu sibuk & terikat dengan tugasan harian. Tambahan pula aku dah bergelar pelajar PJJ hujung minggu di UTM. Memang menguji kesabaran yang amat tinggi. Yang menuntut aku supaya membahagikan masa dengan antara belajar, bekerja, isteri kepada Mr.Rizal dan ibu kepada Amir Rahimi & Batrisyia.
Baru-bari ini amir dah amik exam sem 1 kat Tadika Bistari, Bukit Minyak. Amir dalam kelas "STARFRUIT". Umur Amir bulan 7 ni, genap 4tahun. Semasa naik kereta, Amir kata, "ibu..ibu..amir dah dpt result exam... Nanti ibu tengok yer..." Muka Amir ceria dan tersenyum sepnjg dalam kereta. Aku pun x sedar bila masa exam Amir... Tambahan pula aku bulan lepas pun sama sibuk dengan final. Sampai ja di rumah aku pun melihat keputusan exam amir sem 1, Alhmdulillah dan rasa sebak sangat, sebab x sgka, semua mata pelajaran Amir dapat A, dengan peratusan 85%. Kedudukan dalam kelas No. 4/25. Syukur alhmdulillah... Apabila suamiku pulang dari bekerja, Amir terus tunjukkan keputusan exam nya. Ayahnya pun mcm tak percaya. Bila ayanhnya uji semula, memang nampak Amir semakin maju kehadapan. Ayanhnya pesan agar Amir belajar secara bijak dan dapat No.1 pada sem 2 nanti.Aku & suami nampak perbezaan yg amat ketara pada Amir, sebelum masuk TADIKA dan selepas. dalam usianya yg baru menginjak 4tahun julai ni...dapat menyaingi rakan2 yg usia lebih tua darinya. Syukur padamu Ya Allah.... atas anugerah & amanah yang tidak terhingga yang kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku doakan agar Amir menjadi anak yang soleh & khalifah islam yang berjaya di dunia & akhirat. nanti aku akn update gambar2 ujian Sem 1 Amir untuk tatapan kawan-kawan di luar sana.
No comments:
Post a Comment