Assalammualaikum wth..
Hari ini ibu nak berkongsi maklumat tentang tentang kelebihan solat tahajud.
Ibu dapat masa blogwalking pagi tadi. jom kita sama-sama baca.
Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat Sunat Tahajjud ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Solat Sunat Tahajjud-amalan Rasulullah
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan Solat Sunat Tahajjud ini sepanjang hayat mereka.
Doa Solat Sunat Tahajjud
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian.
Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam
semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya
langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang
benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar,
perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah
benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya
hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan
diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku
kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum.
Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik
yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih
mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada
Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi
Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya.
Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
Solat Sunat Tahajjud-jadikan amalan
Mari kita amalkan Solat Sunat Tahajjud untuk bekalan di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment