Ibu, ingin berkongsi maklumat tentang solat dhuha..Semoga ibu kembali istiqomah mengerjakannya kembali...Terima kasih blog melurhasanah yang berkongsi info ini.
Kita sering terdengar di radio doa dhuha kan?..Semoga perkongsian ini bermanafaat buat ibu dan para sahabat maya yang dikasihi sekalian...
Doa ini tidak bersumber dari Nabi SAW, tidak juga diriwayatkan dari perkataan salah seorang sahabat baginda radiyallahu'anhum mahupun dari para tabi’ien. Cuma, ia merupakan satu doa yang dibaca oleh seorang wanita Arab Badwi di ‘Arafah berdasarkan riwayat daripada al-Dainoori di dalam al-Majalisah wa Jauhar al-‘Ilmi dengan sanadnya dari al-Asma’ie. Inilah juga yang dinukilkan oleh al-Hafidz di dalam al-Bayan wa al-Tabyin dan al-Zamakhsyari di dalam Rabi’ al-Abrar serta selain mereka berdua.
سمعت أعرابية بعرفات وهي تقول : اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله ، وإن كان في الأرض فأخرجه ، وإن كان نائيا فقربه ، وإن كان قريباً فيسره
Maksudnya: “Saya telah mendengar seorang wanita badwi ketika berada di Arafah berdoa: Ya Allah sekiranya rezeki saya berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada di bumi, maka keluarkanlah ia, jika ia berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia dekat, permudahkanlah ia.”
Doa ini secara keseluruhan merupakan permohonan agar dipermudahkan memperolehi rezeki dan ia termasuk dalam perkara atau permintaan yang diharuskan serta tiada masalah melakukannya.
Sungguhpun demikian, sebaik-baik perkataan untuk memohon doa kepada ALLAH SWT sebagaimana petunjuk daripada Rasulullah SAW iaitu berdoa dengan menggunakan lafaz al-jawami', yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat seumpama lafaz doa ini :
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار
Maksudnya : “Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.”
Juga doa :
( اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ )
"Ya Allah cukupkanlah AKU dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan aku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” ( Hadis riwayat al-Tirmizi,dinilai Hasan oleh al-Albani )
Sudah pasti bila ALLAH SWT Yang Maha Kaya dan Rasulullah SAW yang merupakan kekasih-NYA menganjurkan doa-doa ini, maka sudah barang tentu juga itulah doa yang paling disukai di sisi-NYA, lantaran sesuatu kebaikan pada perhitungan kita tidak bermakna ia juga baik pada perkiraan Yang Maha Esa......Dan semoga rezeki yang melimpah, turut menjadikan ketaatan dan kebajikan kita bertambah
Ambilan dr facebook Noraslina Jusin
No comments:
Post a Comment