Salam Ukhwah

09 December 2009

Happy Birthday Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Syukurku kehadrat Ilahi memberi keizinan kepada aku untuk bernafas dimuka bumi Allah ini hingga ke hari ini.... Hari ini aku merasakan kelainan yg amat sgt dlm diriku...mungkin umurku yg telah menginjak setahun lagi.... Syukur alhmdulillah aku dikurniakan keluarga yang memahami diriku & suami yang amat penyabar dan Kurniaan Mu pada ku sepasang cahayamata comel Ya Allah, amat bererti bagi ku agar dapat mereka juga meneruskan kehidupan bertonggakkan dua kalimah sehingga mereka pula beranak dan bercucu, InsyaAllah. Peliharalah kesihatan ku agar jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan pada ku. Halakan lidah dan perbuatanku agar dapat ku titip dakwah seruan Mu dalam kerja ku dengan cara ku. Kau maha mengetahui mengapa Kau ciptakan aku dan letakkan aku di tampuk ini. Wallahualam. Siapa lah aku dan orang lain untuk menghakimi kerja ini jika ini juga kebolehan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara di dunia ini.


Ya Allah..Ya Tuhanku... kumemohon dariMu agar dapat mendidik hatiku ini ke arah yang kau redhai....Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau terus pesan-pesan sayang Mu pada mereka yang rapat dengan ku agar terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amal ku, dalam ibadah ku, dalam kerja ku, dalam suka ku, dalam duka ku dan dalam tangunggjawab ku. Kau anugerahkan aku dengan saudara ku yang senantiasa bersama ku di waktu senang dan susah. Juga rakan ku di waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini, aku terus melangkah yakin kerana aku tahu, Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku kearah Mu.
Ya Allah aku terlalu lemah Ya Allah... hanya dengan kuasamu aku mampu berdiri didunia ini...Bimbinglah diriku Ya Allah...kerana aku takut aku lalai di dunia ini.... hanya cintamu dudambakan... Cinta kepadamu adalah yg paling Agung mengatasi yang lain... Ku harapkan keberkatan dalam hidupku Ya Allah...
Perkenankanlah segala permintaanku ini Ya Allah..... Amin Ya Rabb Alamin...

01 December 2009

Baby With Car Contest

.::Baby With Car Contest::.


Semasa round blog kwn2..ternampak contest ni... dah nak duedate dah tarikh tutupnya... how come sayer boleh x nmpk contest ni...asyik bz update sistem sahaja...
Saya harap ini belum terlmbt buat saya..yg tarikh tamat contest tepat tgh malam ini...
ok... we go straight to the point...Contest ini dianjurkan oleh, mrsfaez.blogspot.com
kita tgk syarat penyertaan....


  • Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!] (done)


  • Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda (done)


  • Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest ni(done)


  • Kategori 1 .::Baby Boy With Car::.



  • Name: Muhd Amir Rahimi

  • Age: 3year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)
Kategori 2 .::Baby Girl With Car::.


  • Name: Nurdayana Batrisyia

  • Age : 1year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)

  • Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana. (done)


  • Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009(Amir & Batrisyia under 5years old)


  • Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda

  • Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori] (harap anak2 ibu terpilih..hehehe... (~_*)


  • Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.
Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada
7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)