Salam Ukhwah

31 December 2009

Serius Baby 2009 Giveaway


sticky mode, new en3 plz scroll down....


Sempena birthday ibu yang ke 29..teringin plak nak wat contest..harap2 adala yg sudi men'join'kan diri
Syarat2 adalah seperti berikut...
Be my follower and add my blog kat korangnye list....done
Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang…done
Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni... done
Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun... (tisya 1thn 5bln)





Nama: Nurdayana Batrisyia Bt. Mohd Rizal
Umur Sekarang / DOB : 1thn 5bulan / 23-07-08

Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic sicomel korang dengan wajah yang serius...letak pic yang sangat2 serius je...mesti ada kan...xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan...Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik... done

Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang... done

Make sure ur entry link back to mine.. done

Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009

Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry done

NOTTI FACE GIVEAWAY

Salam...
Dah lama rasanya x join mana2 contest lantaran kesibukan tugas harian dan kerjaya. Sekarang ibu nak joint contest anjuran mama adwan encem...
en3 ni adalah sticky mode sehingga 31-12-09,
Sila Skrol ke bawah untuk entri baru ya...

Contest ini dianjurkan oleh

Manakala entri ibu untuk giveaway ini adalah


Nama Anak: Muhamad Amir Rahimi B. Mohd Rizal
Umur: 3 Tahun /25 july 2006
Nama Ibu/Bapa: Armawati / Mohd Rizal

Gambar ini diambil ketika menunggu giliran kereta hubby dicuci di kedai cuci kereta.
Ibu suka pic ni sbb nmpk mata amir yg sepet dan like chinese look.
Senyuman Amir mcm senyuman nakal....

24 December 2009

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Salam...semasa singgah kat MomBloggers Planet.. arma terlihat artikel ni..jadi arma rasa wajar utk arma sebarkan pd kwn blogger yg lain... Selamat Membaca dgn  mata hati... artikel ini dari ustazcahaya blogspot..ada di URL title...

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Anda digalakkan untuk menyebarkan artikel ini kepada umat Islam yang lain. Artikel ini juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris. Sila rujuk semula ke sini, kerana link untuk versi bahasa Inggeris artikel ini akan saya siarkan sesudahkan diterbitkan di MomBloggersPlanet

Tinggal beberapa hari lagi menjelang Krismas. Ramai berada dalam delima semasa perayaan ini. Apa hukumnya? Bolehkah tidak? Jika boleh bagaimana? Jika tidak boleh, mengapa? Kepada golongan yang bertanya dan masih memikirkan hukum-hakam dan boleh tidak, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih mementingkan agama, hukum hakam dan dosa pahala. Namun, realitinya lebih ramai yang mengambil sikap tidak apa. Bagi mereka ‘ala cuma ucapkan selamat Krismas, beri hadiah dan kad ucapan, pasti tidak apa-apa’. Sesungguhnya, setiap bangsa dan kaum memiliki hari raya masing-masing. Islam sebagai agama yang murni, adil dan bersikap terbuka, memberi kebebasan kepada semua manusia untuk menyambut hari raya masing-masing. Begitulah yang dianjurkan oleh agama Islam melalui firman Allah (SWT) di dalam Al-Quran, Surah Al-Kafirun.

Firman Allah (SWT):
"Katakanlah: "Wahai orang-orang yang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".
(Al-Quran, Surah Al-Kafirun, 109: Ayat 1-6)


Sebagai umat Islam, kita tidak pernah disuruh untuk menghalang orang lain mengamalkan agama yang mereka anuti, selagi mereka tidak mengancam keselamatan kita dan agama kita. Sebagaimana mereka bebas ‘memilih tuhan’ begitu juga mereka bebas untuk merayakan perayaan masing-masing.

Seperkara lagi yang kita harus fahami, ada umat Islam yang masih memiliki saudara mara yang beragama Kristian, ada di antara kita yang tinggal di luar negara dan lebih penting kita hidup di negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama.

Islam adalah agama untuk semua bangsa dan kaum manusia. Islam adalah agama yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa di kalangan manusia. Malah, Islam menganggap kepelbagaian tersebut sebagai tanda kekuasaan Allah (SWT) yang setanding dengan penciptaan langit dan bumi. Hikmah daripada tanda-tanda tersebut hanya dapat diperhatikan dan difahami oleh manusia yang berfikir.

Firman Allah (SWT):
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”.
(Al-Quran, Surah Ar-Rum, 30: Ayat 22)



Saya tidak bercerita tentang hukum hakam di sini, kerana saya tidak layak untuk itu. Lagipun, pelbagai hukum hakam telah diutarakan, yang kadang-kadang menjadikan masyarakat serba salah. Di sini, saya berikan sedikit panduan untuk kita bagaimana sepatutnya kita sebagai muslim bersikap ketika perayaan Krismas. Panduan sperti ini adalah penting, terutama kepada golongan muallaf, yang masih memiliki keluarga atau sanak saudara yang beragama Kristian, juga untuk rakan-rakan muslim kita yang berada di luar negara, yang negara itu pula didiami majoriti masyarakat Kristian.

Saya suka bersikap sederhana dan bertolak ansur. Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilai lima panduan yang saya cadangkan di sini.

1. Selalu berpegang kepada prinsip Surah Al-Kafirun.
Bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk berhari raya, biarkan mereka berhari raya. Jangan pula sehingga kita ikut berhari raya bersama mereka. Namun, sekiranya pada sambutan hari raya mereka itu, mereka gunakan untuk menyesatkan umat Islam dan menyerang agama kita; kita tidak boleh berdiam diri.

Sekiranya kita benar-benar berpegang dengan prinsip Surah Al-Kafirun ini, tidak ada alasan untuk kita melakukan perkara yang dilakukan oleh mereka yang menyambutnya seperti; memakai topi Santa claus, menghias rumah dengan pokok Krismas, memberikan hadiah dan melakukan atau memakai apa-apa yang boleh ditakrifkan sebagai simbol khusus untuk Krismas dan Kristian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbuatan, pakaian dan simbol agama lain, anda boleh membaca garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Bersederhana dan bersikap bijaksana.
Islam adalah agama yang menunut kesederhanaan dan kebijaksanaan. Jika kita tidak punya sebab yang mendesak dan kukuh, tidak perlu untuk kita mendahului mengucapkan selamat sempena hari Krismas. Sekiranya, kita ada ibu bapa atau saudara mara yang beragama Kristian, mungkin wajar bagi kita mengucapkan selamat hari krismas kepada mereka. Dalam masa sama, berdoalah agar mereka mendapat hidayah Allah.

Begitu juga, jika kita seorang pemimpin, seperti Perdana Menteri kita, mungkin beliau perlu mengucapkan selamat kepada rakyatnya yang menyambut krismas. Ini adalah untuk menunaikan tugas beliau sebagai pemimpin yang memimpin manusia perbagai bangsa dan agama. Beliau tidak boleh memulaukan rakyat yang beragama lain dari beliau. Mungkin juga anda ada rakan-rakan yang beragama kristian dan mereka pula baik dengan anda. Untuk menjaga hubungan, tidak salah mengucapkan selamat hari raya kepada mereka. Juga, doakan mereka agar dibimbing Allah.

Berhati-hati ketika mengucapkan 'Merry Christmas'. Mungkin lebih baik dan bijak untuk menggunakan ucapan lain seperti; 'Selamat menyambut hari raya kamu', 'Selamat 25 Disember dan tahun baru' atau 'Selamat Menyambut X-Mas Kamu' (sebutlah sebagi 'x' untuk X-Mas menggantikan Christmas.

3. Muslim menghormati non-Muslim selama mana mereka tidak memusuhi Islam.
Selama mana non-muslim yang kita kenal tidak menghina Islam, tidak menyerang orang Islam, tidak menghancurkan umat Islam serta tidak mengganggu-gugat agama Islam dan penganutnya, selama itu umat Islam akan menghormati mereka. Malah, sebagai manusia, kita wajar menyayangi mereka dan berusaha serta berdoa agar mereka mendapat petunjuk hidayah Allah (SWT).

Perayaan mereka boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

4. Miliki jati diri muslim.
Jika kita dijemput ke majlis yang mereka anjurkan, perkara pertama yang kita perlu pastikan ialah soal jamuan pada majlis itu. Apakah makanan dan minuman yang disajikan adalah halal untuk kita atau sebaliknya. Kita bertanggungjawab menerangkan dengan cara yang bijak kepada rakan kita tentang soal makanan dan minuman. Kedua, pastikan ia adalah majlis yang tidak berunsur ritual keagamaan. Kemudian, tempatnya di mana.

Sebagai muslim, jaga akhlaq dan adab kita ketika berada di majlis. Jika muslim juga meminum arak, lalu apalagi yang mampu kita katakan kepada orang itu? Majlis mereka juga boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

5. Jaga diri kita, Insya Allah mereka juga akan menjaga dan menghormati kita.
Jika kita sebagai muslim tidak menjaga akidah, akhlaq dan martabat kita, maka apakah layak untuk kita mengharap orang lain untuk menghormati kita. Di mana pun kita berada, jagalah akidah, akhlaq dan imej Islam yang kita anuti. Insya Allah dengan bantuan Allah, mereka juga akan menghormati dan menjaga kita.
Bagaimanakah semua akan terjaga jika umat Islam sendiri meminum arak, menari bersuka ria di kelab malam dan disko, dan bergaul bebas dengan rakan bukan Islam?

Beberapa rujukan di bawah mungkin membantu anda:
1. Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
2. Aidilfitri Mengekori Krismas

23 December 2009

Cutest Baby of The Planet 2009



Nurdayana Batrisyia  Bt. Mohamad Rizal : 23 Julai 2008

MomBloggersPlanet opening the NOMINATION for another 6 babies so they can have a healthy 20 Cutest Baby of the Planet 2009 contestants. Alhamdulillah!! i've chance to join...
Semoga murah rezki anakku..doakan untuk Batrisyia yer kawan2... Kuserahkan segalanya padaMu...

And now, the NOMINATION for another 6 babies is open...for 20 Cutest Baby of the Planet 2009 contestants.

If your baby is selected, you will have the chance to win lots of great prizes sponsored by many generous sponsors!! Let’s see what the winners of Cutest Baby of the Planet 2009 will win.

Nominate your baby NOW!!


Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
1.Get the best photo of your baby – ONE picture only! (done)
2.Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.(done)
3.Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009 (done)
4.Include a link to this nomination page in your entry (done)
5.Include a link to MomBloggersPlanet in your entry (done)
6.Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page (done)
7.Leave a comment here with link to your blog post (permalink) (done)

Please note that the below link must be included:
Link to MomBloggersPlanet in entry: http://mombloggersplanet.com/

Link to this nomination page in entry and banner:
http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Here is the banner for the sidebar.

That’s all. Easy, right? No theme. No further writing needed. But, please follow all the requirements. Else, it will be disqualified without notice.

Here is the Sponsor Cutest Baby of the Planet 2009
The Photolicious
Little Stori / MilinKassim
TheLittleBigShots
LensaMama
LilKaiStore
NabilaHouse
LittleRedReadingNook
Cupcake Chic Children’s Boutique
SabahAccessories
EverythingForYouFromMe
Adrini’s


So mommies out there yang nak join this contest just go to

http://mombloggersplanet.com for further details.


Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"



Contest Again!!!!

Semasa buat proses kemaskini fail dalam PC ternmpk pula pic gmbr anak2 dgn hubby...
teringat pula contest yg Puan Fasya anjurkan...
Jom layan jap... bersempena dengan en Harry nye bestday bulan 12 Dis nie . Tuan rumah iaitu Pn. FASHA menganjurkan contest ini . kepada sesiapa yang berminat N ada pic2 anak bersama2 abahnya, jom join contest ni .
syarat2 nya :
1. Wajib menjadi follower Fasha dan sponsor pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok.. (done)
2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda(done)
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini.(done)
4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti... (done)
5. Umur anak mestilah dari dah pandai senyum hingga 12 tahun... (done)

Cara2 nya :
1. Upload 1 sahaja gambar aksi ceria si suami bersama anak anda.. klu banyak kang juling lak bijik mato mak cik ngan juri2 nak menilainyo..kihkihkih
Upload 1 gambar si ayah dan anak beramai2 pun boleh tp pastikan ianya CERIA..
2. Nyatakan nama si ayah + anak. Nama glamour je tau..x yah pjg@ buat ponek jo jari jemari menaip...hehehe
3. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog Fasha (no link back will be disqualified)
4. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini

jeng..jeng jeng.... ni pic yg sis taruhkan..sis serahkan pada juri untuk memilih gmbr mana yg sesuai. Sis x tau nak pilih gmbr yg mana satu:


Ayah: Rizal
Anak : Amir
Gambar ni diambil ketika kami join konvoi Properd sempena hari kebangsaan 2008


Ayah : Rizal
Anak : Batrisyia
Gambar ini diambil ketika kami pulang dari ziarah rumah ibu saudara


Senang jekan.. x susah pon... So meh ler join contest ini beramai2..
Juri2 profesional akan di adili oleh en Harry + cik Pu3zdini & hadiah saguhati cik Qaseh akan buat cabutan..
Rebutlah peluang ini
...


17 December 2009

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijarah

Butik Balqis Sayang Giveaway


Assalammualaikum wth...
sempena pembukaan kedai baru iaitu BUTIK BALQIS SAYANG, mama balqis nak mengadakan giveaway

Syarat penyertaan senang ajer..
1. Buat entry pasal giveaway ini kat blog anda (done)
2. jadi follower MAMA BALQIS DIARY dan BUTIK BALQIS SAYANG(done)
3. masukkan kedua-dua blog ini di blog list anda(done)
4. tinggalkan comment berserta link anda disini(done)

Hadiahnya adalah.....2 set Baby Suit (sorang satu yer...)



Tarikh tutup (31 Dis 2009 at 12.00 tghr)

Giveaway from ZilaKasim Quilt Shop-copy & paste

Salam..tgh round blog awal pagi ni jumpa blog ni dari blog member... mai kwn2 kat luaq sana sertai ramai2 giveaway ni....di Zila Kasim Quilt Shop



salam semua kawan2... aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan.......

09 December 2009

Happy Birthday Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Syukurku kehadrat Ilahi memberi keizinan kepada aku untuk bernafas dimuka bumi Allah ini hingga ke hari ini.... Hari ini aku merasakan kelainan yg amat sgt dlm diriku...mungkin umurku yg telah menginjak setahun lagi.... Syukur alhmdulillah aku dikurniakan keluarga yang memahami diriku & suami yang amat penyabar dan Kurniaan Mu pada ku sepasang cahayamata comel Ya Allah, amat bererti bagi ku agar dapat mereka juga meneruskan kehidupan bertonggakkan dua kalimah sehingga mereka pula beranak dan bercucu, InsyaAllah. Peliharalah kesihatan ku agar jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan pada ku. Halakan lidah dan perbuatanku agar dapat ku titip dakwah seruan Mu dalam kerja ku dengan cara ku. Kau maha mengetahui mengapa Kau ciptakan aku dan letakkan aku di tampuk ini. Wallahualam. Siapa lah aku dan orang lain untuk menghakimi kerja ini jika ini juga kebolehan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara di dunia ini.


Ya Allah..Ya Tuhanku... kumemohon dariMu agar dapat mendidik hatiku ini ke arah yang kau redhai....Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau terus pesan-pesan sayang Mu pada mereka yang rapat dengan ku agar terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amal ku, dalam ibadah ku, dalam kerja ku, dalam suka ku, dalam duka ku dan dalam tangunggjawab ku. Kau anugerahkan aku dengan saudara ku yang senantiasa bersama ku di waktu senang dan susah. Juga rakan ku di waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini, aku terus melangkah yakin kerana aku tahu, Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku kearah Mu.
Ya Allah aku terlalu lemah Ya Allah... hanya dengan kuasamu aku mampu berdiri didunia ini...Bimbinglah diriku Ya Allah...kerana aku takut aku lalai di dunia ini.... hanya cintamu dudambakan... Cinta kepadamu adalah yg paling Agung mengatasi yang lain... Ku harapkan keberkatan dalam hidupku Ya Allah...
Perkenankanlah segala permintaanku ini Ya Allah..... Amin Ya Rabb Alamin...

01 December 2009

Baby With Car Contest

.::Baby With Car Contest::.


Semasa round blog kwn2..ternampak contest ni... dah nak duedate dah tarikh tutupnya... how come sayer boleh x nmpk contest ni...asyik bz update sistem sahaja...
Saya harap ini belum terlmbt buat saya..yg tarikh tamat contest tepat tgh malam ini...
ok... we go straight to the point...Contest ini dianjurkan oleh, mrsfaez.blogspot.com
kita tgk syarat penyertaan....


  • Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!] (done)


  • Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda (done)


  • Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest ni(done)


  • Kategori 1 .::Baby Boy With Car::.



  • Name: Muhd Amir Rahimi

  • Age: 3year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)
Kategori 2 .::Baby Girl With Car::.


  • Name: Nurdayana Batrisyia

  • Age : 1year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)

  • Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana. (done)


  • Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009(Amir & Batrisyia under 5years old)


  • Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda

  • Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori] (harap anak2 ibu terpilih..hehehe... (~_*)


  • Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.
Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada
7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)