Assalammualaikum wth...
Pada 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi korban buat bahagian Amir anakku yang sulong telah selesai dilaksanakan, hadapan Surau Al-Ansar, KTC. Kulim, Kedah. Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh seluruh penduduk Taman KTC. Tiga ekor lembu tumbang bagi tujuan ibadah korban ini.. Ibadah korban ini di laksanakan awal 9.00pg selepas solat sunat Aidiladha di surau ini. Terasa meriah dan syukur sgt dengan semangat kejiranan oleh seluruh penduduk taman ini. Selepas solat sunat Aidiladha di surau hadapan rumahku...Suami pulang untuk bersalam-salaman dgnku dan anak-anak. Selepas sarapan pagi terus suamiku dan Amir mengikut ayahnya ke padang depan surau untuk melaksanakan ibadah korban... Alhamdulillah semua lembu yang hendak dikorbankan tidak membuat perangai malah seperti merelakan dan faham untuk dikorbankan. bagi kaum ibu pula sibuk bergotong-royong di dapur untuk memasak juadah makan tengah hari iaitu sup daging lembu, air asam dan daging masak kicap..Memang seronok sekali secara beramai-ramai memasak..Tapi aku tidak dapat menolong kakak-kakak kat dapur lantaran anakku yg ke2 meragam teramat sgt...Dengan bayi yg kukandung kurasa terasa letih sgt2... Namun suami ku faham dan mintaku rehat dirumah kerana kandunganku msh awal lagi..dan bila aku lasak skit aku terasa sengal kat rahimku..Nurse di Klinik Desa juga berpesan agar jgn terlalu lasak kerana msh awal lagi baru masuk usia 16minggu... InsyaAllah akanku upload gambar-gambar sekitar Program korban yang berlansung di Taman KTCku... jumpa lagi...
Assalammualaikum wth...
No comments:
Post a Comment