Alhamdulillah ..akhirnya dapat ku jejakkan jari-jemariku menulis blog sulongku ini..
lama sudah rasanya aku meninggalkan blog ini..lantaran kesibukanku setelah suami ke USA, dan kembali ketanah air dis yg lalu..
Awal tahun baru pula sibuk dengan pendaftaran Amir Rahimi di tahun satu...dan kak ngah di Pra-Tadika.
Oh ya malam tadi hari pertama Amir Rahimi Ke kelas AMPAC, KULIM buat pertama kali kumpulan pertama di kulim... Kelas BeEz ini bermula pukul 8.15-10.15malam... Kelas khas
Apa itu AMPAC?...
Jom kakma citer-citer sikit...AMPAC ialah Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (Ampac).
Akademi Ampac membentuk anak bangsa dan sebuah akademi yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan kanak-kanak dan remaja. Fokus Ampac adalah untuk membangunkan potensi kanak-kanak dan remaja menerusi modul program yang mengkombinasikan sukatan akademik dan juga aktiviti rekreasi.
Akademi ini menekankan kedua-dua prinsip berkenaan dengan mendalam bagi mencungkil kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanak-kanak dan remaja. Kami juga lebih menjurus kepada soft skill atau kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan dan kepimpinan
OK..untuk maklumat lebih lanjut boleh klik laman web AMPAC ye.. ^_^
Mengapa kakma katakan begitu???...Amir kakma & suami hantar ke modul Beez melalui program Brilliant Students Skill dan English Zone terbukti berkesan dalam menajamkan minda dan memperkayakan kemahiran kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
“Ia berasaskan kepada dua modul iaitu teknik belajar dan kemahiran berbahasa Inggeris. Modul ini telah melahirkan ratusan kanak-kanak yang berkeyakinan, berketerampilan dan sukses dalam pelajaran. Matlamat kami adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang hebat di dalam dan di luar kelas, bukan sekadar cemerlang di atas kertas. Kelas pertama malam tadi Alhamdulillah Amir memberikan maklumbalas positif dan dapat beg baru dan buku modul sepanjang 6bulan program ini berlansung... Seminggu sekali dan dan 4minggu sebulan...setiap rabu mlm khamis...Kami cuba cungkil apa potensi Amir...Sebab ada 9kebijaksaan manusia di dunia ini. Nak tahu yang mana tahu cenderung Amir...Akan kakma update cerita-cerita sepanjang 3minggu lepas..tggu ya... Nanti Kakma akan update gambar2 Amir di dalam Kelas AMPAC pula enjoy & learning... ^_^.
ok..ni fb untuk ampac penang
http://www.facebook.com/AMPACPENANG
No comments:
Post a Comment