Kisah Pedoman 1: Apabila Bilal Bin Rabah Diseksa Kerana Memeluk Islam | Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Bin Rabah ini. Merupakan seorang lelaki yang di antara terawal memeluk Islam biarpun diseksa hebat oleh tuannya. Pada ketika itu Bilal Bin Rabah merupakan seorang hamba abdi kepada seorang lelaki kafir Quraisy. Small-khalifah.blogspot mahu berkongsi dengan anda tentang kesusahan dan ketabahan Bilal biarpun diseksa, tetapi tetap mempertahankan agama Islam pada ketika itu. Betapa kuatnya iman lelaki ini.
Bilal bin Rabbah ialah seorang hamba abdi
berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk
Islam meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan
kedatangan agama baru ini.
Apabila tuannya mengetahui pengislaman
Bilal, dia telah disiksa dengan di pakaikan baju besi dan kemudian
dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang
pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.
Bilal kemudian diseret hingga ke
lereng-lereng gunung tetapi dia tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya
kelihatan tidak bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan
pada diri Bilal, siksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat.
Sebiji batu besar diletakkan di atas
badannya lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas terik
matahari. Namun, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal
kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati daripada menukar pegangan agamanya sekarang.
Apabila Abu Bakar as Siddiq diberitahu
tentang seksaan tersebut, dia terus berjumpa Umaiyah yang sedang
menyeksa Bilal lalu meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit hitam yang lebih kuat sebagai tebusan.
Sebaik saja ditebus, Abu Bakar terus memerdekakan Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.
Small-Khalifah: Betapa kuat dan hebatnya imam Bilal bin Rabah, Kerana dia yakin syurga Allah itu Indah, Tapi bukan mudah jalan menuju ke sana...
Sumber: Norziati
No comments:
Post a Comment