Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha
Ust. M. Arifin Ilham
"Orang yang rajin solat dhuha, selain dimudahkan rezekinya, hidupnya juga sangat mulia. Ia sangat disegani orang, kerana tak pernah minta-minta kecuali kepada Allah SWT."
KH. Didin Hafidhuddin
Ada seorang pedagang peralatan rumah tangga asal Tasikmalaya, Jawa Barat, namanya Dani. Ia merintis usahanya dari modal kecil. Semasa penjualan sedang mengalami kemajuan yang pesat, mendadak pasar kebakaran. Ia tidak tahu apa penyebabnya. Semua barang dagangannya habis terbakar. Dia tertekan kerana hanya kedai itu yang menjadi sumber nafkah bagi keluarganya. Namun, ia tetap bersabar dan tidak terpuruk lebih jauh dalam penyesalan. Ia cuba memulakan semula usaha niaga dengan modal kecil yang diperolehinya dari berbagai pihak.

Sumber : Google |
Dengan bismillah, ia berusaha bangkit lagi. Tak lupa memohon
pertolongan kepada Allah Yang Mahakaya. Malam harinya, ia tidak pernah
meninggalkan solat tahajud. Pagi harinya, setelah mandi sebelum pergi ke pasar,
ia selalu berusaha mengerjakan solat dhuha. Rata-rata dua rakaat atau empat
rakaat. Satu bulan, dua bulan…, tak ada perubahan yang dirasakan. Tapi,
memasuki tujuh bulan, ia mulai sibuk melayani pelanggan yang makin bertambah
banyak. Alhamdulillah, dua tahun tidak terasa, Dani sudah mampu membeli kedai
lagi.
Kemajuan baru yang diperolehnya melebihi usahanya dulu
sebelum kebakaran. Ia sangat yakin bahawa semua kemajuan usahanya adalah berkat
pendekatannya kepada Allah SWT melalui ibadah dan doanya ketika solat dhuha dan
tahajud. Ia mengerjakannya dengan keseriusan dan kepasrahan sepenuh hati. Tidak
lupa, ia juga bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya.
Ini hanya baru sepenggal kisah dari hamba-hamba Allah yang
berharap atas pertolongan-Nya melalui ibadah solat, di antaranya melalui solat
dhuha. Masih banyak lagi kisah-kisah serupa dari sebuah keajaiban yang mereka
peroleh setelah melaksanakan solat dhuha. Ada yang mendapatkan jodoh yang
diidamkan, mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, ada yang disembuhkan dari
penyakit, bahkan dialami oleh seorang nelayan yang didekati ikan-ikan seolah
mereka minta ditangkap.
Mungkin sebagian anda ada yang masih bertanya-tanya, kenapa
boleh jadi begitu? Apa rahasia solat dhuha sehingga boleh melapangkan rezeki seseorang dan memudahkan
berbagai urusan? Kerana semua hikmah dan manfaat dari solat dhuha ini telah
dijanjikan oleh yang tidak pernah ingkar janji, yaitu Allah SWT melalui lisan
Rasulullah saw. Beberapa hadits telah menyebutkan keutamaan dan hikmah solat
dhuha.
Di antaranya keutamaan dan hikmah solat dhuha ialah sedekah
bagi 360 persendian tubuh, dicukupkan keperluannya hingga akhir hari, dapat
meraih keuntungan laksana ghanimah dengan cepat, dibangunkan rumah indah dari
emas di surga, mendapat pahala sebesar pahala ibadah umrah, menggugurkan
dosa-dosa sekalipun sebanyak buih di lautan, dan akan dijauhkan dari siksa api
neraka. Keutamaan-keutamaan ini jika kita telah memperolehnya, tentu apa yang
kita harapkan akan sangat mudah dikabulkan Allah SWT, mulai dari urusan bisnis,
pekerjaan hingga jodoh.
Saduran dari : http://pembinaanpribadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment