Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

22 December 2011

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

  1. # Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. # Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. # Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. # Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. # Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. # Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. # Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. # Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. # Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. # Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. # Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. # Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. # Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. # Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. # Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..
Banyakkan tips yang boleh bantu anda meningkatkan penghasilan susu… Antara Nak ke TAK bak kate buku Motivasi HM Tuah!
Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama Shaklee!!
Kt dari Blog:http://www.sayamahusihat.com
Thanks Iffa...


11 October 2011

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: MUSLIMAHKU,SEMALUMU...IMANMU...

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: MUSLIMAHKU,SEMALUMU...IMANMU...: Suatu masa aku melihat, Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang, Mata-mata menoleh tidak mereka hirau, Tertawa, tertawa dan terus ter...

10 August 2011

.:: 7 Sunnah penting ::.

Assalammualaikum wth...
Alhamdulillah dengan izinnya dapat ibu kembali ke blog yang telah lama ibu abaikan. Kerana kekangan tugas dan melayan putera & puteri ibu. Pagi tadi ibu menerima email dari pensyarah lama ibu..Alhamdulillah isinya sangat-sangat bermanafaat. jadi ibu ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana:

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.




Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Salam Sayang dari ibu.
wslm

09 August 2011

.:: Doa Solat Dhuha::.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

06 May 2011

.::Our Little Muslimah Is Born... Alhamdulillah... (^_^) ::.

Bismillahhirrahmannirrahim...
Syukur alhmdulillah, dengan izinnya ibu telah selamat melahirkan puteri ke2 dalam keluarga ibu...Tepat pukul 5.52pm 18 April 2011, Nur Izzah Insyirah telah selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.36kg. Hanya airmata kesyukuran mencium bayi yang lahir dari rahimku ini... Ribuan rasa kesyukuran ke hadratMu Ilahi dengan kelahiran Izzah. Ibu doakan agar Izzah menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia & akhirat.
Ini adalah wajah Izzah beberapa minit selepas di lahirkan {^_^}

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

.::Ulangtahun Pernikahanku::.


My Heart


.::Keluargaku Sayang::.

.::Hadis Muslim::.