Salam Ukhwah

22 December 2011

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

  1. # Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. # Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. # Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. # Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. # Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. # Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. # Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. # Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. # Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. # Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. # Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. # Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. # Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. # Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. # Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..
Banyakkan tips yang boleh bantu anda meningkatkan penghasilan susu… Antara Nak ke TAK bak kate buku Motivasi HM Tuah!
Jom Selangkah Lebih Sihat Bersama Shaklee!!
Kt dari Blog:http://www.sayamahusihat.com
Thanks Iffa...


11 October 2011

10 August 2011

.:: 7 Sunnah penting ::.

Assalammualaikum wth...
Alhamdulillah dengan izinnya dapat ibu kembali ke blog yang telah lama ibu abaikan. Kerana kekangan tugas dan melayan putera & puteri ibu. Pagi tadi ibu menerima email dari pensyarah lama ibu..Alhamdulillah isinya sangat-sangat bermanafaat. jadi ibu ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana:

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.




Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Salam Sayang dari ibu.
wslm

09 August 2011

.:: Doa Solat Dhuha::.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

06 May 2011

.::Our Little Muslimah Is Born... Alhamdulillah... (^_^) ::.

Bismillahhirrahmannirrahim...
Syukur alhmdulillah, dengan izinnya ibu telah selamat melahirkan puteri ke2 dalam keluarga ibu...Tepat pukul 5.52pm 18 April 2011, Nur Izzah Insyirah telah selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.36kg. Hanya airmata kesyukuran mencium bayi yang lahir dari rahimku ini... Ribuan rasa kesyukuran ke hadratMu Ilahi dengan kelahiran Izzah. Ibu doakan agar Izzah menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia & akhirat.
Ini adalah wajah Izzah beberapa minit selepas di lahirkan {^_^}

15 April 2011

.:Doa Agar Mudah Melahirkan Anak:.

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W
Amin Ya Rabb...

23 March 2011

.::Dugaan & Cabaran Akhir Sem Ini::.


Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat ibu menulis dalam blog ibu ini. Ketika usia kandungan memasuki 35minggu ini, Memang terasa agak penat bila waktu petang dan waktu drive pulang dari pejabat ke rumah. Adakalanya terasa perut ini senak ketika drive dan baby mengeras serta "kicking" dalam perut. Ibu kuatkan semangat juga untuk sampai ke nursery Along Amir ditempatkan... Perjalanan dari rumah ke pejabat ialah 58km pergi & balik. Walaupun adakalanya ibu lewat sedikit..Alhamdulillah teacher tempat Along Amir faham dengan keadaan ibu...
Minggu ini agak padat jadual dengan persiapan menyiapkan projek akhir bagi keusahawanan IT yang bakal di dipresent pada 27 Mac ini. Memang rasa letih sangat2 bila waktu malam. Adakalanya bila tak larat sangat..memang ibu terus lena tepat jam 11malam dan tak mampu untuk buat ulangkaji. InsyaAllah malam ni..ibu akn cuba stay up bagi menyiapkan laporan projek untuk part ibu... Ya Allah Ya Tuhanku..berikanlah aku kekuatan dalam menyiapkan tugasan ini dan berdoa semoga anak dalam kandunganku ini menjadi seorang mujahid yang tinggi taqwanya kepadaMu...Amin ya Rabb....


01 March 2011

.::Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang::.


Nasi Goreng Udang Special

Mee Udang Special

Alhamdulillah hajat ibu nak makan mee udang akhirnya terlaksana. Dah lama ibu mengidam nak makan mee udang mak jah ni... akhirnya suami tercinta bawakan ibu dan anak-anak makan di sini... ianya terjadi secara tidak di jangka...selepas mandi di Bukit Merah tempoh hari, kami pun bertolak ke Kuala Sepetang dengan beberapa buah kereta kawan-kawan suami ke sana.. Di atas adalah gambar mee udang mak jah yang famous itu...hehehe... Syukur Alhamdulillah....

.::Alumni Suami Di Bukit Merah Laketown Resort::.

Gambar kami sekeluarga..posing atas penyu batu... ^_^

Tisya & Amir di Pondok R&R Juru

Amboi sakan...abang long mandi... ^_^

Telatah Abang long, Kak Ngah & Ayahnya...

Assalammualaikum wth...
Alhamdulillah dengan izinnya dapat ibu menambah coretan dalam blog kesayangan ibu ini, pada 20 Feb 2011 yang lepas, suamiku telah membawa kami sekeluarga ke Alumni tempat kerja lamanya di Bukit Merah. kami bertolak awal pagi sebab berkumpul di R&R Juru arah selatan untuk berkumpul beramai-ramai sebelum bertolak di Bukit Merah. Anak-anaklah yang paling gembira bila dengar nak mandi kolam...Ibu pun tumpang sekaki...hehehe.. temankan anak-anak dikolam kanak-kanak... Ibu pun dlm standby mode.. tak leh lasak sgt.. nanti tak pasal bersalin pula dlm kolam..hehehe... Alhamdulilah Ya Allah... kami semua bersyukur dengan anugerahmu ini... gambar di atas adalah sedikit sebanyak yang ibu letak dalam blog ibu ini...sekian...

28 February 2011

.:: Terima Kasih Allah::.


Assalammualaikum wth..
Pada hari sabtu 26 Feb 11 yang lepas, Ibu mendapat bungkusan dari tempat IPTA
ibu belajar. Memang tidak disangka-sangka, ibu diberi sijil anugerah "DEKAN" dari fakulti FSKSM,UTM,SKUDAI. Ini adalah kali ke 2 ibu dapat anugerah ini, yg pertama semasa di semester 1 dan alhmdulillah sem 3 ibu dapat kembali anugerah ini. Terima kasih ya Allah atas anugerahmu...Aku amat bersyukur.
Terima juga buat suami tercinta yang byk memberi sokongan padu dan moral disepanjang pengajian ini serta doa dari suami, ayah & ibu serta kwn2.... Ibu akan berusaha lebih keras lagi kali ini walaupun usia kandunganku sudah memasuki 31minggu. Buat kawan-kawan seperjuangan...terima kasih kerana byk membantu.... ibu akan terus berusaha hingga berjaya mencapai cita-cita2 ibu 1 hari nanti...
Wassalam ^_^

26 January 2011

Hari Ke 3:Rabu, 26 Januari 2011

Assalammualaikum wth..
Last but not least, hari ni hari terakhir dan ibu akan berangkat pulang ke Pulau Mutiara.
Alhmdulillah lega rasanya..tak sabar nak jumpa suami dan anak-anak tercinta... Rindu sgt ibu dgn kalian.

Jom kita lihat jadual ibu pada hari terakhir:
9.00 am : Bertolak ke Menara TM, Jalan Pantai Baharu
9.30 am : Lawatan ke Government Sales HQ
10.30 am: Taklimat HSBB (High Speed Broadband)
11.00 am : Minum Pagi
11.30 am : Taklimat Unifi daripada Product House
12.30 pm : Bertolak balik ke Pulau Pinang

Yang menariknya sebelum balik kami singgah di Jalan Masjid India & Sogo.
Apa lagi kawan-kawan ibu pun sakan ajak pi shopping tudung dan kain baju.Sebab murah kat situ..
Ibu w/pun dh msk 7bln bersemangat..hehehe..maklumlah shopping dan gaji baru masuk..
Tapi ibu hanya belikan sedikit buah tgn utk adik ipar yg tkg jaga kak ngah masa ibu ke KL
dan tudung buat kak ngah 3helai yg comel2..serta robot mainan utk Amir Rahimi..dah janji..
so tak baik mungkir janji dgn anak....
Geram bila ibu pi kedai mainan yg tawarkan harga yg amat berpatutan..siap bleh tawar menawar lagi...
tak kami hanya diberi 1jam shj utk shopping...hanya beli brg tertentu sahaja...siap semua barang dibeli..
Ibu dan kawan-kawan naik bus delegasi semula...
Semua kepenatan dan terlena dalam bus... kami berhenti rehat dan solat jamak takhir di R & RBukit Gantang... Alhamdulillah smpi ke Seberang Jaya pukul 7.25pm... Sampai di sana..suami kesayangan telah menunggu...ibu..kami pun terus pulang ke Air Putih,Junjung untuk mengambil cahayamata kami...
rindu nak jumpa anak-anak ibu...
Baru terasa penat dan lapar pula perut ini...selesai mengisi perut...kami pun bertolak pulang...

25 January 2011

Hari ke 2:Selasa, 25-01-2011

Bangun awal untuk menunaikan tuntutannya, selesai solat subuh, Ibu dan rakan sebilik bersiap utk breakfast. Bermulalah jadual pada hari ke2. Di bawah ini adalah jadualnya:

08.30 pg: Bertolak ke IP NOC, Cyberjaya
09.30 pg: Taklimat IP NOC (Operation & Planning)
11.30 pg: Bertolak ke Menara KL
12.30 pm: Taklimat di Menara KL
1.00   pm: Lawatan ke Observation Deck & Makan Tengahari di Restoren Berputar.
3.00   pm: Taklimat di International Gateway, Jalan Raja Chulan,
                 Taklimat GSOC, Jalan Raja Chulan dan melihat hardware yg menggunakan teknologi terkini.
5.45 pm : Rehat Di Hotel dan solat jamak takhir.
8.00pm  : Makan Malam di Restoren Puteri & Site Seeing KL -Nite View
               (Badan mmg terasa amat letih,Baby asyik kicking dan mengeras, terasa mengah sgt.   Terima kasih kepada rakan sebilik Lin yang amat memahami Ibu)
10.30pm : Balik ke Hotel dan rehat untuk aturcara hari ke3 iaitu hari ke3... ^_^

24 January 2011

Hari Pertama: Isnin, 24-01-2011

Hari ini ibu bertolak ke Petaling Jaya, menaiki bas SUK bersama 26 wakil jabatan yang terpilih. Tak tahulah mcmana nanti, Ibu berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik ibu serta ibu sihat sepanjang lawatan kerja ini.

Berikut adalah jadual pada hari pertama:
8.00 am: Bertolak dari KOMTAR
8.45 am: Bus sampai di Seberang Jaya
2.30 pm: Taklimat di Call Center TM/VADS, Taman Tun Dr. Ismail
6.30 pm: Daftar masuk di Hotel
7.45 pm: Makan Malam di Hotel
9.00 pm: Lawatan ke I-City

* Nanti ibu akan cerita lebih lanjut pengalaman ke I-city. Badan memang terasa amat penat. Letih sangat. Padat jadual yang diberikan..

21 January 2011

Jadual Tugas Yang Padat

Syukur kehadrat Ilahi ibu masih bernafas di muka bumi Allah ini. Terlalu lama rasanya dirku menyepi lanataran tugasku yang semakin padat dalam tahun 2011. Blog kesayanganku juga terabai hampir dua minggu. Tidak kunafikan, sedikit sebanyak badanku terasa lemah sikit apabila kandunganku semakin membesar dalam rahimku...Sayang baby ibu...Ibu berharap anak ibu ini juga tabah dan kuat semangat seperti ibu...Minggu depan ibu akan ke Petaling Jaya, Damansara, Cyberjaya dan Kuala Lumpur selama 3hari berturut-turut. Ibu terpilih dalam delegasi dari SUK ke sana untuk melihat teknologi-teknologi baru TM dalam rangkaian di Malaysia. Terasa berat ibu nak pergi, sebab terpaksa tinggalkan Abang Long Amir dan Kak Ngah Batrisyia di rumah Mak Tok mereka di Junjung,Kulim. Abang Long macam paham-paham ja...Bila waktu nak tidur, pasti nak ibu tidur dengannya...Bila terjaga malam, ibu yang dicari..sayu pula hati ini...Semoga anak-anak ibu kuat dan tabah ya...Sayang Kalian

07 January 2011

Al-Fatihah

Tepat pukul 3.59 pagi tadi telefon bimbitku berdering. Hatiku berdebar-debar tiap kali jika awal subuh mendapat panggilan telefon. Rupa-rupanya panggilan dari dua pupuku Hanafi yang memberitahu arwah ayahandanya telah pergi ke Rahmatullah pukul 10mlm tadi. Aku benar-benar terkejut dengan berita ini. Lantas 'Innalillah....." keluar dari mulutku... Amat tekejut dengan panggilan ini dan terus menelefon ayahanda dan bonda di Port Dickson. keluargaku amat terkejut. Hanya kiriman doa dan Al-Fatihah untuk pak ngah ku yg dalam ingatan. Doaku semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan soleh. Amin Ya Rabb...

06 January 2011

Info:Durian Belanda Anti Kanser


Pagi tadi ibu menerima email dari x-pensyarah ibu semasa matrik dahulu. Info tentang buah ini amat bagus sekali. Ibu ingin kongsikan dengan rakan-rakan di luar sana. Selamat membaca.




Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

04 January 2011

School Again \\^_^//

Assalammualaikum wth,
Pada 3/01/2011 bermulalah sem baru pada semua anak-anak yg bersekolah. Samalah dengan diriku, semalam Amir Rahimi dah mula bersekolah tadika semula. Setelah 1bulan pada bln 12 yg lalu cuti. Tapi ibu masih menghantar Amir ke sekolah, hanya aktiviti dalam bilik darjah sahaja dilakukan seperti melukis,mewarna dan lain-lain lagi. Maklumlah ibunya bukan seorang cikgu, jadi cuti sem Amir tetap kan ke sekolah tadikanya di "ALAMKU". Hairan pula ibu, Amir liat pula nak bangun kesekolah pagi ini, puas ayah dan ibu gerak untuk bangun. Akhirnya ayah terpaksa bertegas untuk bangunkan Amir dari lenanya. Memang kesian tengok Amir dimarahi..Tapi kukenal suamiku jarang sangat-sangat marah anaknya, sesekali marah sayu gak hatiku..tapi niat suami untuk mendidik dan supaya Amir ada displin seperti kami ketika kecil dahulu. Teringat ayahku seorang anggota tentera amat tegas dalam mendidik anak-anak, sedikit sebanyak sifat ketegasan itu mengalir dalam darahku. Mungkin juga ibu anak yang sulong. Menjadi role model kepada adik-adik...Semoga pengalaman yg Amr lalui pagi ini adalah pengajaran untuk didikan dalam dirinya. Dan 1 hari nanti Amir akan faham kenapa ayah dan ibu buat begitu kepada Amir.
Wassalam

01 January 2011

Migrain Attack!!!!!!

Alhamdulillah dan syukur di atas ujian Allah ini. Genap usia kandunganku 20minggu, Ibu diserang migrain yang telah lama menghilang. Kali terakhir ibu mengalami ketika di matrikulasi KMM, Londang ketika usiaku 18tahun. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Kini genap usia ibu 29 tahun, ibu mengalaminya lagi. Cuma kali ini ibu membawa anak kami yg ke-3. Setiap pagi slps subuh migrain ibu kembali. Sakit sebelah kanan kepala. Sampai nak buka mata pun tidak mampu... Pernah sampai 1 tahap ibu hampir pitam, suamiku terus menghantarku ke wad kecemasan HK. Di sana ibu dimasukkan 1 botol air dan rehat dalam wad. Doktor yang merawatku berkata, "maaf kak, kami x ada ubat bagi ibu yang mengandung, hanya PCM sahaja yg boleh diberi"... Ibu hanya redha dengan ujian ini. Dan berbincang dengan suami untuk mencuba ke Darusshifa' bagi mencari penawar, lantaran migrain ini sudah hampir 14hari berlarutan.
Akhirnya pada malam 19/12/2010, suamiku membawa ibu ke Darussyifa' di Kulim, Kedah.
Alhamdulillah dengan keizinanNya migrain ibu sudah semakin pulih. Bersyukur kehadratmu Ya Allah...
Kini jarang ibu mengalami sakit kepala lagi.
Syukur alhamdulillah...

Tahun 2011


Salam Tahun Baru 2011 buat semua rakan mayaku...Maafkan aku sudah terlalu lama aku meninggalkan blog kesayanganku ini, lantaran terikat dgn tugas dan tanggungjawab. Doaku kepada semua agar tahun baru ini mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Kuasa dan bertambah matang dalam melalui liku-liku kehidupan di muka bumi Allah ini. Ingatan buat diriku dan rakan-rakan diluar sana semoaga sentiasa sebuah petikan kata-kata hikmah ini:
Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina”

(Abu Sulaiman Ad Daroni)

Bertemu lagi di lain waktu.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)