Salam Ukhwah

26 April 2013

Give Away Sempena Hari Lahir Nur Izzah Insyirah

Assalammualaikum wth..
Rakan-rakan sekalian yang dikasihi Allah...

Sempena hari lahir puteri kakma yang ketiga Nur Izzah Insyirah pada April ini, KakMa berbesar hati untuk membuat Giveaway pada rakan-rakan maya yang bertuah menyertai peraduan give away ini.Tujuannya untuk menambah kawan-kawan dikalangan bloggers dan bertukar fikiran dan maklumat.

Hadiah Utama barang perhiasan mutiara .

+

5 Hadiah Saguhati

Syarat-syaratnya ialah:
1.Pertandingan ini dibuka kepada pada semua peringkat umur.
2.Tidak kira lelaki dan perempuan.
3. Sila like page kakma ye..(klik pada gambar tersebut) dan komen pada mana-mana info dalam page berkenaan.Komen dan like terbanyak akan memenangi Giveaway ini.(wajib)


4.Jemputan ukhwah "be follower" 2 blog kakma ye..(wajib)
5. Add Friend di Fb PreciousInsyirah . selepas itu PM KakMa di PreciousInsyirah untuk bukti penyertaan dan letakkan link blog anda.
6. Letak Information Give Away ini di Blog kawan-kawan sekalian. Link balik ke blog saya.
7. Giveaway akan bermula 26/4/2013 - 12/5/2013.(jam 12tgh malam)
8. Sila komen di bawah entry ini selepas membuat selesai syarat2 tersebut.
9. Keputusan akan diumumkan dalam blog ini pada 15/5/2013

Selamat Maju Jaya ~~;@


Ukhwah Fillah Abadan..Abada..
Syukran(";)

16 April 2013

Batasan Aurat dan Hukum : Anak Menantu dengan Mertua Tiri

Bismillah..
Sudah lama persoalan ini bermain difikiranku ini..Bolehkah aku bersalam dengan mertua tiriku...Jika mertua kandung..hukumnya aku dah tau..tapi dengan mertua tiri..saya yang cetek ilmunya ini masih tercari-cari dalil dan hukumnya..

Errmm...Setiap kali pulang ke rumah mertua hati ini menjadi tertanya2… ya…. kalau mertua saya tahu apa hukumnya.. tapi kisah aku lain sikit… sebab saya mempunyai bapa mertua tiri…Pada mulanya perkahwinan, saya selalu bersalaman dengan bapa mertuaku iatu ayah tiri suamiku… tapi setiap kali saya bersalaman… diri ini selalu musykil.. apakah keterbatasan saya dengan bapa mertua tiri ini??? adakah saya boleh bersalaman dengan beliau?...dan batasan auratku pula bagaimana?...

Pagi ini, saya telah menjumpai jawapannya dari sebuah blog Dunia Ilmuan Islam..Terima kasih atas perkongsian beliau..

Mari kita baca selanjutnya kisah ini:

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ
Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah bermadah:

نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.
Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

ADAKAH BAPA MERTUA SAMA DENGAN BAPA TIRI SUAMI (BAPA MERTUA TIRI)?

Persoalan sebegini memang selalu berlegar di dalam masyarakat. Persoalan ini timbul adalah kerana tidak dapat menentukan hubungan seorang perempuan dengan bapa tiri bagi suami, adakah mahram atau bukan mahram ?

Keterangannya adalah seperti berikut:
1- Di dalam surah an-Nisa’ ayat 23 Allah telah menjelaskan perempuan-perempuan yang diharamkan ke atas lelaki untuk dinikahi kerana terdapat sebab tertentu.

Sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut;
1- Kerabat
2- Susuan
3- Musoharah (perkahwinan)

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kita hendaklah lebih jelas siapakah yang dimaksudkan dengan bapa tiri bagi suami dan apakah hubungannya dengan perempuan tersebut. Dengan bahasa yang lebih ringkas bolehlah kita katakan hubungan bapa tiri bagi suami dengan perempuan terbabit adalah hubungan sebagai bapa mertua tiri dengan menantu tiri.

2- Pokok perbahasan bagi permasalahan ini adalah ayat 23 surah an-Nisa’;
وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِيْنَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ
Maksud: (Dan diharamkan bagi kamu) isteri-isteri anak kandung mu (menantu).
Berdasarkan ayat tersebut jelaslah Allah Taala menegah seseorang lelaki berkahwin hanyalah dengan isteri bagi anak kandung berdasarkan kait أصلابكم . Pengharaman itu juga termasuk isteri bagi anak susu kerana berdasarkan hadis

وَيَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksud: Diharamkan daripada susuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Justeru itu, bapa mertua yang menjadi mahram muabbad (selama-selamanya) bagi seseorang perempuan (menantu), adalah daripada nasab dan daripada susuan. Hal ini bermaksud bapa mertua terbabit merupakan bapa kandung bagi suami atau bapa susu bagi suami seperti mana yang telah dinyatakan di dalam ayat an-Nisa’23 dan di dalam hadis. Lantaran itu bapa tiri bagi suami (bapa mertua tiri) bukanlah menjadi mahram bagi perempuan terbabit. Sekiranya suami bagi perempuan tersebut meninggal dunia, maka tidak menjadi kesalahan bagi bapa mertua tiri untuk berkahwin dengan perempuan tersebut (menantu tiri).

3- Berkaitan anak tiri juga dijelaskan di dalam ayat 23 an-Nisa’ juga

وَرَبَائِبِكُمُ الَّاتِي فِى حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ الاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
Maksud: (Diharamkan bagi kamu) anak-anak isteri mu yang di dalam pemeliharaan mu, dari isteri yang telah kamu campuri.
Ulama mentafsirkan maksud rabibah seperti di dalam ayat ialah anak perempuan bagi isteri dari bekas suaminya.

Jelaslah di dalam ayat tadi Allah Taala telah menegah seseorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya setelah ia menyetubuhi ibunya. Pengharaman yang dinyatakan di dalam ayat hanyalah melibatkan seorang lelaki dengan anak perempuan tiri, lantaran itu menantu perempuan tiri tidak termasuk kategori yang dinyatakan .


RUMUSAN KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI
1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram, manakala hubungan di antara bapa mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.

2- Di dalam kitab مغنى المحتاح karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu)

3-Wajib bagi perempuan tersebut sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain.
Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.

4- Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)

Lantaran itu, mana-mana wanita yang berhadapan dengan situasi sebegini hendaklah bijak dalam menangani masalah tersebut agar prinsip agama tidak tergadai. Bak kata pepatah Melayu seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus , tepung tak berselerak.

Dan kini: Alhamdulillah sudah terjawab sudah apa yg bermain di fikiranku selama ini… ya.. mertua tiri tidak diharamkan selamanya utk dikahwini… maka segala hukum berkaitan aurat dan keterbatasannya sama seperti ajnabi… Ayah maaf segala keterlanjuran bersalaman bersentuh selama ni… kerana rasa hormat anak terhadap ayah itu menyebabkan saya bersalaman dengan ayah tanpa memikirkan hal lain… :D

12 April 2013

Panggilan Nursery ALAMKU, Izzah 40'C, 8 April 2013.

Assalammualaikum wth....
Hari ni baru sempat ibu tengok blog ibu..hampir 7hari aku tidak bekerja...
minggu lepas, 2hari ibu MC demam+sakit tekak dan selsema. Memang jem...
Minggu ni pula aku di gemparkan dengan panggilan dari Nursery ALAMKU tempat Izzah ditempatkan..Pengasuh bagi tahu, Izzah suhu 40'C. Memang terkejut ibu..pagi itu, sebab pagi sebelum ibu hantar Izzah ke nursery, Izzah sihat je..Malam sebelum itu pun sihat...
Pengasuh kata Izzah x aktif... kami dah lap mandikan izzah dan lap badan izzah dengan tuala lembab...Memang rasa terkejut sangat...Menitik airmata ini..hati ibu mana yang tidak risau...
Lalu ibu bejumpa pegawai kanan Khidmat pengurusan..untuk memohon cuti membawa anak ke hospital...Alhamdulillah cuti diluluskan...nantikan sambungan..seterusnya...

03 April 2013

Doa Agar Suami diSayangi Selalu

Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94

Terjemahan ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?

2: Dan Kami pun telah menurunkan beban daripadamu.

3: Yang memberatkan tanggunganmu,

4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

7: Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras

(untuk urusan yg lain).

8: Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.



: Bacalah surah ini sesudah solat fardhu.

: Niat agar selalu disayangi suami.

: Sesudah baca, hembuskan sambil meraup muka.



Antara kelebihannya juga :-

  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.

  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
p/s: Amalan yang bagus diamalkan..Boleh copy dan paste pada blog anda..

Cuti Kecemasan..Adik Demam

Assalammualaikum wth...
Semalam ibu terpaksa ambil cuti kecemasan...Lantaran Izzah demam. Pukul 3pagi 2/4/13 Izzah terjaga...Ibu susukan Izzah seperti biasa...Terasa mulut Izzah agak panas ketika itu..tapi masih mampu tersenyum melihat ibu pagi itu...Lalu ibu kejutkan suamiku untuk ambil besen dan tuala kecil...lantaran panas yg agak tinggi bagiku...terus ku pujuk Izzah untuk mandi di kamar mandi. Lalu dengan perlahan ku pimpin Izzah untuk mandi..Alhamdulillah..Izzah tidak menolak..malah bersemangat untuk main air.. Tengok je air di kolah..terus Izzah menyedok air dan siram dikakinya...
Hampir 15 minit izzah dalam bilik air ketika itu.. setelah selesai..lalu kubalut izzah dengan tuala dan pakaikan Izzah pampers dan baju nipis..baru terasa..bahang panasnya berkurangan...
Aku nekad..jika izzah masih demam..pagi esok aku akn EL... untuk jaga Izzah dirumah...Risau sorang demi sorang, anak-anakku demam...Rakan-rakan pejabatku pula dah admitted anak-anak di wad..aku minta jauhlah di admited...Sebab aku trauma bila anak2 demam...
Hari ini Izzah dah kembali ke Nursery ALAMKU, Kulim... Tadi baru tel Kak Lia(pengasuh Izzah)..Kak Lia kata Izzah dah nampak aktif dan ceria bermain dengan rakan-rakan seangkatan..Syukur Alhamdulillah...
Jumpa Lagi di lain waktu..
salam sayang dari Ibu...

01 April 2013

Sakit Dada...

sumber: Google
Adakalanya...dadaku rasa sakit..apatah lagi bila ada sesuatu yang menagamit hati dan menguji kesabaranku... Mungkin terasa beban yang kutanggung..Ya Allah, aku pohon agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untukku sebagai hambaMu yang lemah dan kerdil ini.. Kuatkan hatiku ini...tabahkan hati ini...

Ketika Muslimah Itu Menangis...

Ketika hati seorang muslimah terluka,ia akan menghapuskan air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka,ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah itu terluka, ia menangis dalam doanya memohon keampunan dari tuhanNYA..

ketika hati seorang muslimah itu terluka, ia penuhi dengan semangat perubahan yang lbih baik..
Ketika hati seorang muslimah itu terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..
Ketika hati seorang muslimah itu terluka , bibirnya menyimpulkan senyuman untuk dirinya..
Ketika seorang muslimah itu terluka, akal dan hatinya hadir menanti kesedaran..
Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan pada dirinya oleh hal2 yang tak berguna..
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menggunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..
Ketika seorang muslimah itu terluka, air matanya dijadikan doa keselamatan kepada orang yang melukainya..
Ketika hati seorang muslimah itu terluka, jari jemarinya tetap bergerak membantu orang lain tanpa rasa beban..

Ketika seorang muslimah itu terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan orang sekitarnya..

Ketika seorang muslimah terluka, jalan panjang di depannya tetap diharunginya..

Ketika seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya :
TETAP MENJADI MUSLIMAH
TETAP MENJADI SOLEHAH
TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT
TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG...
 
 
 
 

Siapa Pun Aku...

Bumi mana tak ditimpa hujan?
Laut mana yang tidak bergelora?
Pantai mana yang tidak berubah?

Aku ni manusia biasa...Sama macam orang lain
Sifat berterus terang selalu memakan diri aku sendiri

Kalaulah suami aku tahu...
Aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuknya

Kalaulah suami aku tahu...
Aku cuba untuk percayakannya
Kalaulah suami aku tahu...
Aku cuba untuk membina rumahtangga yang menjadi syurga dunia baginya
Kalaulah suami aku tahu...
Aku cuba menjadi seseorang yang boleh dia cinta seperti cinta pertamanya
Tapi suami aku tak tahu...
Aku seorang yang sangat halus jiwanya, perlu dilentur
Sangat mudah tersentuh nalurinya, perlu dibelai
Sangat nipis takungan air matanya, perlu ditadah
Sangat lemah imannya, perlu diteguh
Sangat tinggi nafsu amarahnya, perlu disimbah
Sangat pendendam jiwanya, perlu dihalang
Sangat angkuh perilakunya, perlu dipatahkan
 
#copypaste

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)