Salam Ukhwah

26 August 2009

Pikiaq Nak Beli Apa....

Assalammualaikum wth..
Hari ni hari ke 5 kita semua berpuasa. Aku pula balik tiap2 hari pukul 5.30petang. Balik jer hari ni, aku nak terus singgah kat pasar ramadan berdekatan ofis aku. Nak terus balik amik anak kat nursery nanti susah pulak nak dukung Batrisyia & pegang Amir...So, aku fikir lebih baik beli siap2 sebelum amik permata hatiku kat nursery di Bukit Minyak. dari rumah aku ke pjbt, dalam 25km. Boleh tahan kan? Bagi aku...dah x rasa jauh dah..Coz selalu ulang alik.Kebiasaannya aku & suami serta anak2 ke pasar ramadan. tapi memandangkan suami aku kerja 12jam (7pg-7mlm), x sempat nak pergi bersama2. Tadi suami tersayang telefon, tanya nak beli apa harini?. So aku jwb ayam@ikan.. Ala kadar saja..coz kami berdua yg berbuka puasa. Untuk anak2, beli mee kuah @ mooi sup ayam. Itu mmg kegemaran anak2 ku.... Wahai kesayangku...ibu akan beli kegemaran kalian... Oklah...
Wslm

25 August 2009

Pengalaman Ramadan

Assalammualaikum wth...

Hari ini hari ke-4 kita berpuasa terasa cepat benar masa berlalu. Tahun ini juga adalah tahun ke-4 aku berpuasa bersama keluarga tersayang. Tahun ini amat bererti kerana pada aku dan suami ku mempunyai sepasang cahayamata yang comel-comel. Syukur alhamdulillah...Telah 3mlm juga terawih diadakan di seluruh surau dan masjid seluruh dunia. Semoga Rahmat Allah bersama dengan kita semua...Amin...

14 August 2009

4 Beranak demam....

Assalammualaikum wth...
Sekarang ni pelbagai penyakit dan wabak ada di persekitaran kita...Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit. Begitu jugalah dgn aku sekeluarga...Malam tadi aku 1 family pi ke KPJ Penang Speacialist Hospital di Bandar Perda. Sampai sahaja di sana aku 1 family membuat ujian Influenza screening.Di mana 1 sampel dari setiap individu yg demam diambil.Aku membuat pendaftaran bagi pihak keluarga aku, manakala suami aku menjaga anak2...kerana Batrisyia merengek dan meragam masa di hospital malam tadi...
Lepas check..rupa-rupanya suhu badan aku yang paling tinggi. 39.1 Celcius. patutlah aku sejuk sgt2 masa dlm hospital sehinggakan aku selimut 1 badan masa ats katil di wad kecemasan...Memang ujian Allah pd kami sekeluarga, kerana 4beranak demam serentak...Syukur alhmdulillah suhu anak2 x tinggi. Aku sebagai ibu masih boleh bertahan..Malam itu kami pulang ke rumah pukul 11mlm...

13 August 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Assalamualaikum.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya sekeluarga terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, moga-moga dapat memaafkan segala kesalahan saya. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,Insyaallah.


Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.

Relax Sat....

Salam..
Sekarang waktu rehat kat ofis...baru ja habis miting admin...Teringat kat anak2 di nursery...lalu call pengasuh Mama Ida. Tanyakan kbr amir dan batrisyia...Alhmdulillah adik dah x batuk lagi dan hari ni semuanya sihat..dah aktif kat sekolah... See You at home my lovely kids...

Buat tatapan muslimah...

Assalammualaikum wth...

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yang meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.

Kesian Anak Ibu..


Malam tadi sampai ke pagi...batrisyia merengek masa tidur...Aku dan suami kerap terjaga tiap kali adik bangun dan nangis...puas kami pujuk2...lena sekali..selang 1/2jam nangis lagi...sampai pagi ni mata aku dan suami bengkak sebab x cukup tidur dah dua hari...Sebelum tidur mlm td...aku memberi amir dan adik ubat batuk, dan selsema serta ubat demam. Pagi ni amir dah x demam...cuma adik ja batuk...aku beri ubat 2jenis utk adik. baru adik boleh lena dan x batuk sgt...kerap terjaga dan nangis bila batuk...Bila aku angkat ke nursery td...dlm perjalanan ke nursery dalam tempat duduk baby, adik tidur dgn lena...Lega hati ini bila tgk adik tidur...smpai sahaja di nursery...aku angkat adik..letak dalam nursery..dan abg akn trn dari kembara ku dan bawa beg baju nursery mereka..
Aku pesan pada Amir agar tolong tengokkan adik dan jaga adik.
Ibu doakan abang dan adik akan cepat pulih sepenuhnya...
Saaaayangggg... PERMATA HATI ibu dan ayah....

12 August 2009

Panduan Solat Qasar & Jamak

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)




.::Petikan Dari laman web eSolat JAKIM::.

Buah Hati Ibu...


Assalammualaikum wth...

Subuh tadi..amir anakku yang sulong demam... Aku yang lena disebelahnya terdengar bunyi nafas amir yang kuat..lalu aku meletak tapak tanganku didahi amir...Ya Allah, panasnya aku rasa...dan ku lihat..mulut yang sangat kecut...Suami pula baru lepas solat Subuh, lalu kuangkat Amir menuju ke bilik air...Aku mandikan dia, kerana badannya terlalu panas. Sebak dan risau dihati ini. Kerana sekarang HINI sangat berbahaya di Malaysia ketika ini. Selepas itu aku siapkannya dan terus aku mskkn ubat demam di punggung amir... Selang 15minit...Alhmdulillah amir dan mula tersenyum dan mahu minum susu...

Ibu doakan amir cepat sembuh yer sayang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)