Salam Ukhwah

27 March 2013

Fadhilat memelihara solat sunat dhuha


Fadhilat memelihara solat sunat dhuha

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.


Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekiar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari (sebelum masuk waktu zohor).


Solat sunat boleh dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat, enam rakaat atau 8 rakaat. Saidina Ali r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha 6 rakaat, pada 2 ketika iaitu ketika terbit matahari 2 rakaat dan ketika matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak 4 rakaat.





Selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah As-syams.
Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah, dibaca surah al-dhuha atau Al-Lail.


(Catatan : Jika tidak hafal surah yang disarankan di atas, boleh dibaca surah yang lain. Asalkan niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Doa solat dhuha boleh dirujuk di sini .





 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Solat ini juga sebagai simbolik kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang hamba kepada penciptanya.


Kelebihan yang lain:


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 


Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.

 
  kt:melurhasanah

Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha

Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha

"Selayaknya kita selalu berusaha menjaga solat dhuha. Tak ada alasan bagi kita meninggalkan solat dhuha kecuali karena kita tidak paham keutamaannya atau kerana malas."
Ust. M. Arifin Ilham

"Orang yang rajin solat dhuha, selain dimudahkan rezekinya, hidupnya juga sangat mulia. Ia sangat disegani orang, kerana tak pernah minta-minta kecuali kepada Allah SWT."
KH. Didin Hafidhuddin

Ada seorang pedagang peralatan rumah tangga asal Tasikmalaya, Jawa Barat, namanya Dani. Ia merintis usahanya dari modal kecil. Semasa penjualan sedang mengalami kemajuan yang pesat, mendadak pasar kebakaran. Ia tidak tahu apa penyebabnya. Semua barang dagangannya habis terbakar. Dia tertekan kerana hanya kedai itu yang menjadi sumber nafkah bagi keluarganya. Namun, ia tetap bersabar dan tidak terpuruk lebih jauh dalam penyesalan. Ia cuba memulakan semula usaha niaga dengan modal kecil yang diperolehinya dari berbagai pihak. 
Sumber : Google
Dengan bismillah, ia berusaha bangkit lagi. Tak lupa memohon pertolongan kepada Allah Yang Mahakaya. Malam harinya, ia tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Pagi harinya, setelah mandi sebelum pergi ke pasar, ia selalu berusaha mengerjakan solat dhuha. Rata-rata dua rakaat atau empat rakaat. Satu bulan, dua bulan…,  tak ada perubahan yang dirasakan. Tapi, memasuki tujuh bulan, ia mulai sibuk melayani pelanggan yang makin bertambah banyak. Alhamdulillah, dua tahun tidak terasa, Dani sudah mampu membeli kedai lagi.
 
 
Kemajuan baru yang diperolehnya melebihi usahanya dulu sebelum kebakaran. Ia sangat yakin bahawa semua kemajuan usahanya adalah berkat pendekatannya kepada Allah SWT melalui ibadah dan doanya ketika solat dhuha dan tahajud. Ia mengerjakannya dengan keseriusan dan kepasrahan sepenuh hati. Tidak lupa, ia juga bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya.
Ini hanya baru sepenggal kisah dari hamba-hamba Allah yang berharap atas pertolongan-Nya melalui ibadah solat, di antaranya melalui solat dhuha. Masih banyak lagi kisah-kisah serupa dari sebuah keajaiban yang mereka peroleh setelah melaksanakan solat dhuha. Ada yang mendapatkan jodoh yang diidamkan, mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, ada yang disembuhkan dari penyakit, bahkan dialami oleh seorang nelayan yang didekati ikan-ikan seolah mereka minta ditangkap.
Mungkin sebagian anda ada yang masih bertanya-tanya, kenapa boleh jadi begitu? Apa rahasia solat dhuha sehingga boleh  melapangkan rezeki seseorang dan memudahkan berbagai urusan? Kerana semua hikmah dan manfaat dari solat dhuha ini telah dijanjikan oleh yang tidak pernah ingkar janji, yaitu Allah SWT melalui lisan Rasulullah saw. Beberapa hadits telah menyebutkan keutamaan dan hikmah solat dhuha.
Di antaranya keutamaan dan hikmah solat dhuha ialah sedekah bagi 360 persendian tubuh, dicukupkan keperluannya hingga akhir hari, dapat meraih keuntungan laksana ghanimah dengan cepat, dibangunkan rumah indah dari emas di surga, mendapat pahala sebesar pahala ibadah umrah, menggugurkan dosa-dosa sekalipun sebanyak buih di lautan, dan akan dijauhkan dari siksa api neraka. Keutamaan-keutamaan ini jika kita telah memperolehnya, tentu apa yang kita harapkan akan sangat mudah dikabulkan Allah SWT, mulai dari urusan bisnis, pekerjaan hingga jodoh.


Saduran dari :
http://pembinaanpribadi.blogspot.com

Doa Solat Dhuha

Assalammualaikum wth..para sahabat yang dikasihi sekalian,

Ibu, ingin berkongsi maklumat tentang solat dhuha..Semoga ibu kembali istiqomah mengerjakannya kembali...Terima kasih blog melurhasanah yang berkongsi info ini.
Kita sering terdengar di radio doa dhuha kan?..Semoga perkongsian ini bermanafaat buat ibu dan para sahabat maya yang dikasihi sekalian...
Doa ini tidak bersumber dari Nabi SAW, tidak juga diriwayatkan dari perkataan salah seorang sahabat baginda radiyallahu'anhum mahupun dari para tabi’ien. Cuma, ia merupakan satu doa yang dibaca oleh seorang wanita Arab Badwi di ‘Arafah berdasarkan riwayat daripada al-Dainoori di dalam al-Majalisah wa Jauhar al-‘Ilmi dengan sanadnya dari al-Asma’ie. Inilah juga yang dinukilkan oleh al-Hafidz di dalam al-Bayan wa al-Tabyin dan al-Zamakhsyari di dalam Rabi’ al-Abrar serta selain mereka berdua.
سمعت أعرابية بعرفات وهي تقول : اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله ، وإن كان في الأرض فأخرجه ، وإن كان نائيا فقربه ، وإن كان قريباً فيسره

Maksudnya: “Saya telah mendengar seorang wanita badwi ketika berada di Arafah berdoa: Ya Allah sekiranya rezeki saya berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada di bumi, maka keluarkanlah ia, jika ia berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia dekat, permudahkanlah ia.”

Doa ini secara keseluruhan merupakan permohonan agar dipermudahkan memperolehi rezeki dan ia termasuk dalam perkara atau permintaan yang diharuskan serta tiada masalah melakukannya.

Sungguhpun demikian, sebaik-baik perkataan untuk memohon doa kepada ALLAH SWT sebagaimana petunjuk daripada Rasulullah SAW iaitu berdoa dengan menggunakan lafaz al-jawami', yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat seumpama lafaz doa ini :

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار
Maksudnya : “Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.”

Juga doa :

( اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ )

"Ya Allah cukupkanlah AKU dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan aku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” ( Hadis riwayat al-Tirmizi,dinilai Hasan oleh al-Albani )

Sudah pasti bila ALLAH SWT Yang Maha Kaya dan Rasulullah SAW yang merupakan kekasih-NYA menganjurkan doa-doa ini, maka sudah barang tentu juga itulah doa yang paling disukai di sisi-NYA, lantaran sesuatu kebaikan pada perhitungan kita tidak bermakna ia juga baik pada perkiraan Yang Maha Esa......Dan semoga rezeki yang melimpah, turut menjadikan ketaatan dan kebajikan kita bertambah 


Ambilan dr facebook Noraslina Jusin

Lirik dan makna Qasidah Ya hanana

Lirik dan makna Qasidah Ya hanana

Qasidah ya hanana sedang popular di Malaysia. Qasidah ini dipopularkan oleh Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad  
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami


Alunan qasidah ya hanana oleh kumpulan Al-Mawlid dalam program Cinta Masjid, Majlis Selangor Berselawat  di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
kt:www.melurhasanah.com

Solat Tahajud dan Kelebihannya


Assalammualaikum wth..
Hari ini ibu nak berkongsi maklumat tentang tentang kelebihan solat tahajud.
Ibu dapat masa blogwalking pagi tadi. jom kita sama-sama baca.

Solat Sunat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat Sunat Tahajjud ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.

Solat Sunat Tahajjud-amalan Rasulullah

Solat Sunat Tahajjud
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan Solat Sunat Tahajjud ini sepanjang hayat mereka.

Doa Solat Sunat Tahajjud

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

Solat Sunat Tahajjud-jadikan amalan

Mari kita amalkan Solat Sunat Tahajjud untuk bekalan di akhirat nanti.

Tinggal 2 Sem sahaja lagi.


 
Assalammualaikum wth...
hhmm..dah lama ibu tak update blog ibu ni..memang tak dinafikan, bulan ni saja 15x ibu pi training di KOMTAR. memang rasa letih, tapi berbaloi dengan ilmu2 baru yang ibu perolehi.
Alhamdulillah tahun ini juga, ibu dapat Pinjaman Boleh Ubah PBU. Syukur sangat2. dapat kurangkan beban untuk bayaran yuran semester. Ibu akn berusaha untuk dapatkan dean list tahun ini. Agar pinjaman itu, diubah menjadi biasiswa. Doakan ibu ye kawan-kawan... 
Memang tak dinafikan ujian demi ujian yang datang. Alhamdulillah, ianya banyak mengajar erti tabah dan sabar... Bila kita dapatnya terasa manis...InshaaAllah lg 2sem, ibu akan tamatkan pengajian ibu di UTM. InshaaAllah akan tamat Dis 2013. Pejam celik, pejam celik dah 4thn ibu belajar part time. Amir dah 7tahun, Batrisyia 5tahun & Adik Izzah dah 2tahun... 
Salam sayang...ibu amirdayanaizzah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)