Salam Ukhwah

31 December 2009

Serius Baby 2009 Giveaway


sticky mode, new en3 plz scroll down....


Sempena birthday ibu yang ke 29..teringin plak nak wat contest..harap2 adala yg sudi men'join'kan diri
Syarat2 adalah seperti berikut...
Be my follower and add my blog kat korangnye list....done
Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang…done
Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni... done
Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun... (tisya 1thn 5bln)





Nama: Nurdayana Batrisyia Bt. Mohd Rizal
Umur Sekarang / DOB : 1thn 5bulan / 23-07-08

Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic sicomel korang dengan wajah yang serius...letak pic yang sangat2 serius je...mesti ada kan...xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan...Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik... done

Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang... done

Make sure ur entry link back to mine.. done

Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009

Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry done

NOTTI FACE GIVEAWAY

Salam...
Dah lama rasanya x join mana2 contest lantaran kesibukan tugas harian dan kerjaya. Sekarang ibu nak joint contest anjuran mama adwan encem...
en3 ni adalah sticky mode sehingga 31-12-09,
Sila Skrol ke bawah untuk entri baru ya...

Contest ini dianjurkan oleh

Manakala entri ibu untuk giveaway ini adalah


Nama Anak: Muhamad Amir Rahimi B. Mohd Rizal
Umur: 3 Tahun /25 july 2006
Nama Ibu/Bapa: Armawati / Mohd Rizal

Gambar ini diambil ketika menunggu giliran kereta hubby dicuci di kedai cuci kereta.
Ibu suka pic ni sbb nmpk mata amir yg sepet dan like chinese look.
Senyuman Amir mcm senyuman nakal....

24 December 2009

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Salam...semasa singgah kat MomBloggers Planet.. arma terlihat artikel ni..jadi arma rasa wajar utk arma sebarkan pd kwn blogger yg lain... Selamat Membaca dgn  mata hati... artikel ini dari ustazcahaya blogspot..ada di URL title...

Panduan Menyambut Krismas Kepada Umat Islam


Anda digalakkan untuk menyebarkan artikel ini kepada umat Islam yang lain. Artikel ini juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris. Sila rujuk semula ke sini, kerana link untuk versi bahasa Inggeris artikel ini akan saya siarkan sesudahkan diterbitkan di MomBloggersPlanet

Tinggal beberapa hari lagi menjelang Krismas. Ramai berada dalam delima semasa perayaan ini. Apa hukumnya? Bolehkah tidak? Jika boleh bagaimana? Jika tidak boleh, mengapa? Kepada golongan yang bertanya dan masih memikirkan hukum-hakam dan boleh tidak, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita masih mementingkan agama, hukum hakam dan dosa pahala. Namun, realitinya lebih ramai yang mengambil sikap tidak apa. Bagi mereka ‘ala cuma ucapkan selamat Krismas, beri hadiah dan kad ucapan, pasti tidak apa-apa’. Sesungguhnya, setiap bangsa dan kaum memiliki hari raya masing-masing. Islam sebagai agama yang murni, adil dan bersikap terbuka, memberi kebebasan kepada semua manusia untuk menyambut hari raya masing-masing. Begitulah yang dianjurkan oleh agama Islam melalui firman Allah (SWT) di dalam Al-Quran, Surah Al-Kafirun.

Firman Allah (SWT):
"Katakanlah: "Wahai orang-orang yang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".
(Al-Quran, Surah Al-Kafirun, 109: Ayat 1-6)


Sebagai umat Islam, kita tidak pernah disuruh untuk menghalang orang lain mengamalkan agama yang mereka anuti, selagi mereka tidak mengancam keselamatan kita dan agama kita. Sebagaimana mereka bebas ‘memilih tuhan’ begitu juga mereka bebas untuk merayakan perayaan masing-masing.

Seperkara lagi yang kita harus fahami, ada umat Islam yang masih memiliki saudara mara yang beragama Kristian, ada di antara kita yang tinggal di luar negara dan lebih penting kita hidup di negara Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama.

Islam adalah agama untuk semua bangsa dan kaum manusia. Islam adalah agama yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa di kalangan manusia. Malah, Islam menganggap kepelbagaian tersebut sebagai tanda kekuasaan Allah (SWT) yang setanding dengan penciptaan langit dan bumi. Hikmah daripada tanda-tanda tersebut hanya dapat diperhatikan dan difahami oleh manusia yang berfikir.

Firman Allah (SWT):
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”.
(Al-Quran, Surah Ar-Rum, 30: Ayat 22)



Saya tidak bercerita tentang hukum hakam di sini, kerana saya tidak layak untuk itu. Lagipun, pelbagai hukum hakam telah diutarakan, yang kadang-kadang menjadikan masyarakat serba salah. Di sini, saya berikan sedikit panduan untuk kita bagaimana sepatutnya kita sebagai muslim bersikap ketika perayaan Krismas. Panduan sperti ini adalah penting, terutama kepada golongan muallaf, yang masih memiliki keluarga atau sanak saudara yang beragama Kristian, juga untuk rakan-rakan muslim kita yang berada di luar negara, yang negara itu pula didiami majoriti masyarakat Kristian.

Saya suka bersikap sederhana dan bertolak ansur. Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilai lima panduan yang saya cadangkan di sini.

1. Selalu berpegang kepada prinsip Surah Al-Kafirun.
Bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk berhari raya, biarkan mereka berhari raya. Jangan pula sehingga kita ikut berhari raya bersama mereka. Namun, sekiranya pada sambutan hari raya mereka itu, mereka gunakan untuk menyesatkan umat Islam dan menyerang agama kita; kita tidak boleh berdiam diri.

Sekiranya kita benar-benar berpegang dengan prinsip Surah Al-Kafirun ini, tidak ada alasan untuk kita melakukan perkara yang dilakukan oleh mereka yang menyambutnya seperti; memakai topi Santa claus, menghias rumah dengan pokok Krismas, memberikan hadiah dan melakukan atau memakai apa-apa yang boleh ditakrifkan sebagai simbol khusus untuk Krismas dan Kristian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbuatan, pakaian dan simbol agama lain, anda boleh membaca garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Bersederhana dan bersikap bijaksana.
Islam adalah agama yang menunut kesederhanaan dan kebijaksanaan. Jika kita tidak punya sebab yang mendesak dan kukuh, tidak perlu untuk kita mendahului mengucapkan selamat sempena hari Krismas. Sekiranya, kita ada ibu bapa atau saudara mara yang beragama Kristian, mungkin wajar bagi kita mengucapkan selamat hari krismas kepada mereka. Dalam masa sama, berdoalah agar mereka mendapat hidayah Allah.

Begitu juga, jika kita seorang pemimpin, seperti Perdana Menteri kita, mungkin beliau perlu mengucapkan selamat kepada rakyatnya yang menyambut krismas. Ini adalah untuk menunaikan tugas beliau sebagai pemimpin yang memimpin manusia perbagai bangsa dan agama. Beliau tidak boleh memulaukan rakyat yang beragama lain dari beliau. Mungkin juga anda ada rakan-rakan yang beragama kristian dan mereka pula baik dengan anda. Untuk menjaga hubungan, tidak salah mengucapkan selamat hari raya kepada mereka. Juga, doakan mereka agar dibimbing Allah.

Berhati-hati ketika mengucapkan 'Merry Christmas'. Mungkin lebih baik dan bijak untuk menggunakan ucapan lain seperti; 'Selamat menyambut hari raya kamu', 'Selamat 25 Disember dan tahun baru' atau 'Selamat Menyambut X-Mas Kamu' (sebutlah sebagi 'x' untuk X-Mas menggantikan Christmas.

3. Muslim menghormati non-Muslim selama mana mereka tidak memusuhi Islam.
Selama mana non-muslim yang kita kenal tidak menghina Islam, tidak menyerang orang Islam, tidak menghancurkan umat Islam serta tidak mengganggu-gugat agama Islam dan penganutnya, selama itu umat Islam akan menghormati mereka. Malah, sebagai manusia, kita wajar menyayangi mereka dan berusaha serta berdoa agar mereka mendapat petunjuk hidayah Allah (SWT).

Perayaan mereka boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

4. Miliki jati diri muslim.
Jika kita dijemput ke majlis yang mereka anjurkan, perkara pertama yang kita perlu pastikan ialah soal jamuan pada majlis itu. Apakah makanan dan minuman yang disajikan adalah halal untuk kita atau sebaliknya. Kita bertanggungjawab menerangkan dengan cara yang bijak kepada rakan kita tentang soal makanan dan minuman. Kedua, pastikan ia adalah majlis yang tidak berunsur ritual keagamaan. Kemudian, tempatnya di mana.

Sebagai muslim, jaga akhlaq dan adab kita ketika berada di majlis. Jika muslim juga meminum arak, lalu apalagi yang mampu kita katakan kepada orang itu? Majlis mereka juga boleh menjadi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dan menunjukkan kepada mereka akhlaq Islam yang tulen dan indah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina dan menganggu-gugat agama lain.

5. Jaga diri kita, Insya Allah mereka juga akan menjaga dan menghormati kita.
Jika kita sebagai muslim tidak menjaga akidah, akhlaq dan martabat kita, maka apakah layak untuk kita mengharap orang lain untuk menghormati kita. Di mana pun kita berada, jagalah akidah, akhlaq dan imej Islam yang kita anuti. Insya Allah dengan bantuan Allah, mereka juga akan menghormati dan menjaga kita.
Bagaimanakah semua akan terjaga jika umat Islam sendiri meminum arak, menari bersuka ria di kelab malam dan disko, dan bergaul bebas dengan rakan bukan Islam?

Beberapa rujukan di bawah mungkin membantu anda:
1. Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
2. Aidilfitri Mengekori Krismas

23 December 2009

Cutest Baby of The Planet 2009



Nurdayana Batrisyia  Bt. Mohamad Rizal : 23 Julai 2008

MomBloggersPlanet opening the NOMINATION for another 6 babies so they can have a healthy 20 Cutest Baby of the Planet 2009 contestants. Alhamdulillah!! i've chance to join...
Semoga murah rezki anakku..doakan untuk Batrisyia yer kawan2... Kuserahkan segalanya padaMu...

And now, the NOMINATION for another 6 babies is open...for 20 Cutest Baby of the Planet 2009 contestants.

If your baby is selected, you will have the chance to win lots of great prizes sponsored by many generous sponsors!! Let’s see what the winners of Cutest Baby of the Planet 2009 will win.

Nominate your baby NOW!!


Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
1.Get the best photo of your baby – ONE picture only! (done)
2.Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.(done)
3.Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009 (done)
4.Include a link to this nomination page in your entry (done)
5.Include a link to MomBloggersPlanet in your entry (done)
6.Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page (done)
7.Leave a comment here with link to your blog post (permalink) (done)

Please note that the below link must be included:
Link to MomBloggersPlanet in entry: http://mombloggersplanet.com/

Link to this nomination page in entry and banner:
http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Here is the banner for the sidebar.

That’s all. Easy, right? No theme. No further writing needed. But, please follow all the requirements. Else, it will be disqualified without notice.

Here is the Sponsor Cutest Baby of the Planet 2009
The Photolicious
Little Stori / MilinKassim
TheLittleBigShots
LensaMama
LilKaiStore
NabilaHouse
LittleRedReadingNook
Cupcake Chic Children’s Boutique
SabahAccessories
EverythingForYouFromMe
Adrini’s


So mommies out there yang nak join this contest just go to

http://mombloggersplanet.com for further details.


Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"



Contest Again!!!!

Semasa buat proses kemaskini fail dalam PC ternmpk pula pic gmbr anak2 dgn hubby...
teringat pula contest yg Puan Fasya anjurkan...
Jom layan jap... bersempena dengan en Harry nye bestday bulan 12 Dis nie . Tuan rumah iaitu Pn. FASHA menganjurkan contest ini . kepada sesiapa yang berminat N ada pic2 anak bersama2 abahnya, jom join contest ni .
syarat2 nya :
1. Wajib menjadi follower Fasha dan sponsor pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok.. (done)
2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda(done)
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini.(done)
4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti... (done)
5. Umur anak mestilah dari dah pandai senyum hingga 12 tahun... (done)

Cara2 nya :
1. Upload 1 sahaja gambar aksi ceria si suami bersama anak anda.. klu banyak kang juling lak bijik mato mak cik ngan juri2 nak menilainyo..kihkihkih
Upload 1 gambar si ayah dan anak beramai2 pun boleh tp pastikan ianya CERIA..
2. Nyatakan nama si ayah + anak. Nama glamour je tau..x yah pjg@ buat ponek jo jari jemari menaip...hehehe
3. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog Fasha (no link back will be disqualified)
4. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini

jeng..jeng jeng.... ni pic yg sis taruhkan..sis serahkan pada juri untuk memilih gmbr mana yg sesuai. Sis x tau nak pilih gmbr yg mana satu:


Ayah: Rizal
Anak : Amir
Gambar ni diambil ketika kami join konvoi Properd sempena hari kebangsaan 2008


Ayah : Rizal
Anak : Batrisyia
Gambar ini diambil ketika kami pulang dari ziarah rumah ibu saudara


Senang jekan.. x susah pon... So meh ler join contest ini beramai2..
Juri2 profesional akan di adili oleh en Harry + cik Pu3zdini & hadiah saguhati cik Qaseh akan buat cabutan..
Rebutlah peluang ini
...


17 December 2009

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijarah

Butik Balqis Sayang Giveaway


Assalammualaikum wth...
sempena pembukaan kedai baru iaitu BUTIK BALQIS SAYANG, mama balqis nak mengadakan giveaway

Syarat penyertaan senang ajer..
1. Buat entry pasal giveaway ini kat blog anda (done)
2. jadi follower MAMA BALQIS DIARY dan BUTIK BALQIS SAYANG(done)
3. masukkan kedua-dua blog ini di blog list anda(done)
4. tinggalkan comment berserta link anda disini(done)

Hadiahnya adalah.....2 set Baby Suit (sorang satu yer...)



Tarikh tutup (31 Dis 2009 at 12.00 tghr)

Giveaway from ZilaKasim Quilt Shop-copy & paste

Salam..tgh round blog awal pagi ni jumpa blog ni dari blog member... mai kwn2 kat luaq sana sertai ramai2 giveaway ni....di Zila Kasim Quilt Shop



salam semua kawan2... aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan.......

09 December 2009

Happy Birthday Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Syukurku kehadrat Ilahi memberi keizinan kepada aku untuk bernafas dimuka bumi Allah ini hingga ke hari ini.... Hari ini aku merasakan kelainan yg amat sgt dlm diriku...mungkin umurku yg telah menginjak setahun lagi.... Syukur alhmdulillah aku dikurniakan keluarga yang memahami diriku & suami yang amat penyabar dan Kurniaan Mu pada ku sepasang cahayamata comel Ya Allah, amat bererti bagi ku agar dapat mereka juga meneruskan kehidupan bertonggakkan dua kalimah sehingga mereka pula beranak dan bercucu, InsyaAllah. Peliharalah kesihatan ku agar jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan pada ku. Halakan lidah dan perbuatanku agar dapat ku titip dakwah seruan Mu dalam kerja ku dengan cara ku. Kau maha mengetahui mengapa Kau ciptakan aku dan letakkan aku di tampuk ini. Wallahualam. Siapa lah aku dan orang lain untuk menghakimi kerja ini jika ini juga kebolehan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara di dunia ini.


Ya Allah..Ya Tuhanku... kumemohon dariMu agar dapat mendidik hatiku ini ke arah yang kau redhai....Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau terus pesan-pesan sayang Mu pada mereka yang rapat dengan ku agar terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amal ku, dalam ibadah ku, dalam kerja ku, dalam suka ku, dalam duka ku dan dalam tangunggjawab ku. Kau anugerahkan aku dengan saudara ku yang senantiasa bersama ku di waktu senang dan susah. Juga rakan ku di waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini, aku terus melangkah yakin kerana aku tahu, Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku kearah Mu.
Ya Allah aku terlalu lemah Ya Allah... hanya dengan kuasamu aku mampu berdiri didunia ini...Bimbinglah diriku Ya Allah...kerana aku takut aku lalai di dunia ini.... hanya cintamu dudambakan... Cinta kepadamu adalah yg paling Agung mengatasi yang lain... Ku harapkan keberkatan dalam hidupku Ya Allah...
Perkenankanlah segala permintaanku ini Ya Allah..... Amin Ya Rabb Alamin...

01 December 2009

Baby With Car Contest

.::Baby With Car Contest::.


Semasa round blog kwn2..ternampak contest ni... dah nak duedate dah tarikh tutupnya... how come sayer boleh x nmpk contest ni...asyik bz update sistem sahaja...
Saya harap ini belum terlmbt buat saya..yg tarikh tamat contest tepat tgh malam ini...
ok... we go straight to the point...Contest ini dianjurkan oleh, mrsfaez.blogspot.com
kita tgk syarat penyertaan....


  • Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!] (done)


  • Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda (done)


  • Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest ni(done)


  • Kategori 1 .::Baby Boy With Car::.



  • Name: Muhd Amir Rahimi

  • Age: 3year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)
Kategori 2 .::Baby Girl With Car::.


  • Name: Nurdayana Batrisyia

  • Age : 1year & 4month

  • Perdana

  • Ahli Properd (Proton Perdana Owner Club)

  • Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana. (done)


  • Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009(Amir & Batrisyia under 5years old)


  • Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda

  • Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori] (harap anak2 ibu terpilih..hehehe... (~_*)


  • Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.
Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada
7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalammualaikum wth...
Sempena menyambut Aidiladha ini...saya sekeluarga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf & Salam Aidiladha saya ucapkan...kepada yang pulang ke kampung..berhati-hatilah di jalanraya...

24 November 2009

Help Afiq Danial!


Assalamualaikum,
Kepada kawan-kawan blogger di luar sana..sudilah kiranya memberi sumbangan terhadap adik Afiq Danial ini..Untuk mengetahui lebih lanjut.. klik ke blog, http://helpafiqdanial.blogspot.com

Disamping itu, Sudilah kiranya pengunjung blog ini jika anda memiliki blog sendiri dan rakan anda mempunyai blog berkongsi link blog ini ke blog masing-masing.
Hanya Allah yg mampu membalasnya...

22 November 2009

Tanggungjawab yg bakal ku pikul... ~_~



Bismillahirrahmannirrahim....
Pagi ahad yg hening ini, aku membuka laptop kesayanganku...waktu ini, anak2ku Amir & Batrisyia masih lena diulit mimpi yg panjang...Suami kesayanganku kerja hari ini. Jd lps suami bertolak ke tmpt kerjanya di Agilent,Bayan Baru..aku memulakan tugas sbgi ibu seperti biasa...lps siap semua...baru ku online sekejap pagi ini... Pagi semalam tepat pkl 7pg, aku memeriksa keputusanku utk smbg study melalui laman web UTM. Syukur alhmdulillah aku bejaya dalam permohonanku dan kwn baikku juga berjaya dlm permohonannya... Rasa sebak & bagaikan nak menitis airmata ini...... lantaran sebelum ini, aku telah menolak 2IPTA. Terpksa kutangguhkn hajatku demi anak2 yg ketika itu msh kecil dan pelbagi mslh yg tidak dapat ku elakkan...
InsyaAllah awal Dis09 ni aku akn melaporkan diri ke UTM,Skudai,Johor.... Dah lama aku tak menjejakkan kakiku ke selatan tanah air ini....
5 tahun aku tgglkan JB slps menamatkan pengajianku di POLITEKNIK JHR BAHRU selama 3tahun...
InsyaAllah kali ini aku kesana dgn ank2 dan suami tersayang. Bercakap mengenai future study ni...aku rasa berdebar juga..maklumlah dah lama aku x study...Harap2 otak & mindaku, msk boleh grep sebanyak mungkin ilmu yg bakal aku gali dan koreksi utk mencapai cita-citaku yg msh belum tercapai lagi...
Aku akn terus berdoa dan berdoa serta berusaha utk  mencapai cita-citaku yg aku impikan selama ini... Biarpun aku terpaksa menunggu utk 5thn lagi....Buat suamiku..terima kasih memahami aku...dan mendorong aku untuk mencapai cita-citaku... Tak kunafikan... abang mmg mantop bab2 engineering ni... abang akn menjadi antara guru rujukanku.... Buat yang di luar sana...doakan aku agar aku berjaya mencapai cita-citiku yg aku impikan selama ini....Buat anak2ku...dikaulah pemangkin semangat ibu....
Wassalam...

20 November 2009

Baby with Transport



CONTEST INI ADALAH ANJURAN:

untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom klik: http://ijanmemory.blogspot.com/2009/11/baby-with-transport-contest.html
syarat2 nk join contest ni:
1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang.... (done- in my frenz blog list)
2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...(done)


Nama: Nurdayana Batrisyia Bt. Mohamad Rizal
Nama Samaran: Batrisyia/Tisya
Umur : 1 tahun 4 bulan
Umur semasa gambar diambil : 1 tahun 4 bulan

Gambar ni diambil di Klinik Pakar Kanak-kanak Singapore, Sg.Rambai, Kulim, Kedah.
Masa ni untuk checkup Tisya.
waktu tu tisya demam & batuk...Walaupun kurang sihat, namum Tisya lupa
demamnya, lantaran melihat permainan yg pelbagai di klinik ini.
Sementara tggu giliran Tisya main di fisher tu... dan kapal terbang tu..



Gambar Tisya dgn keretanya di rumah sewa kami...
bila balik dr nursery pasti tisya akn pi kat keretanya ini...
Pandu keretanya dengan sopan sekali..tapi msh x pandai nak belok2 lagi.. (^_~)
Anak...ibu..anak...ibu...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...(done)

4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...(semestinya)

5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima (ok)

6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh? (done)

7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...(ok)

8. terbuka kepada boy n girl k...
9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...(done)

My Very First Giveaway....


Assalammualaikum wth..
Masa round blog2..ternmpk contest ni, cantik2 beg2 ibtisamfarah...teruja arma tgk..
apa lagi mai cheq joint giveaway ni
giveaway ni, kat TinyTini Collection!!!!





Hadiahnya,fabric...heavy cotton


tarikh tutup pada 13/12/09.....jom la kawan2 kita join....kalau arma, menang kain tu,nak buat tote bag untuk Batrisyia & Amir....mudah2an kain tu milik saya hehehe...nak join... klik kat sini

Ini adalah antara koleksi TINYTINI Collection....

Alhamdulillah Terpilih Baby Snowdrop's Giveaway


Assalammualaikum wth & Salam bahagia...
Firstly, syukran jazilan  kepada  NISA from blog http://www.babysnowdrop.com/

kerana telah menganjurkan giveaway ni dan memilih Sis arma sebagai salah seorang daripada penerimanya.Arma amat menghargainya...
Any way thanks to you!!!
Semoga Nisa murah rezeki dan diberkati Allah selalu!!!

Kepada semua kawan-kawan dan bloggers, mai cni cheq nak habaq mai... Now Baby Snowdrop is having a giveaway, not contest ye, just a small giveaway kepada sume bloggers. Actually for uolls punye info, baby snowdrop ingin memperkenalkan pada sume our new products which is Baby Ring Sling & Modern Cloth Pad. So for a start, baby snowdrop nak giveaway pd uolls yg berminat for Cloth Pad sample. Baby Snowdrop akan beri sample one piece of Regular Pads to every each of you. Free je, tak yah byr. Hehe... But before that, ade syarat2 nye..untuk tahu lebih lanjut klik pada link ini:

19 November 2009

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10

Salam... Masa round blog ternampak pula contest ni...sis arma teringin pulak nak join contest ni...
Cuba nasib mana tahu ada rezeki untuk baby ibu batrisyia. Contest Anak Dara Ku Bertocang dianjurkan oleh auntie sitisifir10.... Seperti permintaan auntie sitisifir10 wajib letak... Siti Sifir's Supernova Share-Out Space ....baiklah auntie as your request (^_~).... sis arma dah letak dah ni..terang jelas dan nyata (";)...
Apa-apa pun mai kita banner contest dari auntie sitisifir10 yg comel ini...





Sebelum itu mari kita lihat syarat penyertaan:


1.Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kite adalah Siti Sifir's Supernova Share- Out Space - done


2. Kite ni baby girl... baru berumur 1 tahun 4 bulan... ibu letak 1 gmbr jer.. kalu nak tgk lagi... auntie siti g blog ibu kite... kite bnyk gmbr toncot ni.... (";) - done


3. Letakkan banner baby gegerl auntie ni kt sidebar... - done


4. Letak tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry kite ni - done


5. Tinggalkan komen buat auntie sitisifir10 dan ibu mesti rajin singgah dan beri komen.... kata auntie sitisifir10 utk merasuah dier...huhuhu..ibu x pandai nak rasuah..tp ibu akn buat yg terbaik (";) -done Tinggalkan komen ye ibu.... - done

6. Nampaknya ada penaja baru dari Fitrah Kasih  iaitu kak sari yang menjual cloth diapers (CD)... - dah jadi follower dan dah add dlm blog list gak...




Auntie, ni gambar tisya di Taman Perbandaran, Pulau Pinang. Ibu ambil gmbr sementara ayah ambil barang di kereta. Comel tak tisya auntie... Harap2 auntie sudi pilih tisya yer...Amacam mengancam tak tocang tisya??...


Gambar tisya dari depan


Untie ni tocang Batrisyia...

Nama kite: Nurdayana Batrisyia M.Rizal
Umur: 1thn 4bulan...

16 November 2009

Kerisauan di hati ibu & ayah...

Salam...
Malam td dlm pukul 8.15pm aku sekeluarga ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Singapore di Taman Selasih Kulim, dalam hujan lebat mencurah. Sebab anak bongsu aku demam & batuk kuat...X lama menunggu aku...giliran Batrisyia dipanggil masuk. Doktor tanya aku mslh ank aku..Aku katakan Batrisyia demam & selsema serta batuk...jadi doktor check suhu pakai digital termometer, MasyaAllah tggi suhunya 39Celcius. Aku terkejut & doktor terkejut..Dari nada batrisyia batuk..doktor check baru2..dan dari situ kami dapati anakku baru nak kena asma stage1. Aku & suami terkejut dan doktor kata kena swap ubat demam kat punggung skrg dan nebulizer pd batrisyia...terkedu kami seketika...bila melihat Batrisyia yg tgh merengek...aku rasa sebak sgt2..tp..aku tabahkan hati aku untuk banyak pd doktor apakah yg harus aku lakukan skrg...Doktor memberi penjelasan sedalam-dalamnya tntg adik....aku dan suami bertambah risau..Terus doktor tulis surat utk buat x-ray kat Kuan X-Ray Speacialist di Sg.Rambai,Bukit Mertajam. Malam ini aku & suami akn bawa adik utk dapatkn keputusan...Dari keputusan x-ray baru kami dapat tahu status paru2 Batrisyia.... Malam tadi aku mmg tidur2 ayam..tiap kali Batrisyia batuk aku terus bgn tgk adik..adik tidur sblh abang Amir ( Anak Sulongku). Pagi ini waktu menghantar ank2 ke nursery aku sayu melihat adik..nmpk penat sgt... Sebak+sayu semua menjadi 1. Sampai ke nursery...aku psn pd Amir agar jg adik baik2... Aku pesan dgn Pengasuh Batrisyia Mama Ida agar bagi batrisyia ikut waktunya dan mandikan Batrisyia dgn air suam...Aku terangkn pd pengasuh Batrisyia tntg apa yg berlaku mlm td... MMg mengejutkn Mama Ida. Dah nmpk susut sgt muka adik...Sebelum aku naik kereta ..aku cium Batrisyia dah pesan "Adik mkn ubat yer...jaga diri baik2..ibu nak pi kerja.."...Mmg sayu sgt..spnjg on the way ke pejabat aku menangis... Jika ikutkn hati aku x mau msk kerja hari ini..nak jaga adik... Semoga Batrisyia dilindungi Allah swt....ibu sayanggggg adik....

13 November 2009

Mysunshine Giveaway & CD Fund




Assalammualaikum wth dan Salam Sejahtera, Kepada kawan-kawan semua marilah kita bersama-sama menyokong usaha murni Mysunshine dalam mengumpul dana buat Rumah Titian Asraful Rohaniah (RTAR) / RTAR. Join ler Mysunshine giveaway & fund to RTAR sekali apa salah kiter menyumbangkan sedikit kepada yang memerlukan. Mungkin sumbangan ini akan memberikan seribu kebahgiaan buat mereka yang lebih memerlukan. Marilah kite menjayakan kempen anjuran Mysunshine bagi meningkatkan dana RTAR.



Sumbagan anda boleh disalurkan ke akaun:
No. Akaun: 1641 7366 2845 (Maybank)
Nama: Zarina Semuri
E-mel: zarinasemuri@yahoo.com
atau
No. Akaun: 080212 52940051 (CIMB)




Name : Rumah Titian Ashraful Rohaniah
No. 53B, Kg Selabak Luar Batu 3, Jln Changkat Jong,
36000 Teluk Intan Perak, Malaysia


Pn. Rohana Saidin (Kak Ana) 013-4550013 / 05-6237530
email : rtar@streamyx.com
untuk keterangan lanjut sila hubungi : Mysunshine & RTAR


Info : Rumah Titian Ashraful Rohaniah, located in Teluk Intan. Under care of Pn. Rohana & her husband with help from volunteer. There are abt 60 adult under RTAR care, categories as Senior Citizen (Warga Tua), Neglected (Warga Terbiar), Orphans (Yatim), Special/Mentally Challenged, (warga istimewa), People with Disabilities (Warga Kurang Upaya). The orphans/kids are baby Ariana 3 months, Danial 1 and half year, Nanda 2 years, Ainul 5 years & Farah 9 years.


12 November 2009

Secebis kisah insaf & lawak buat renungan

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. M ana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggalsatu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. "Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcikberbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.. "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain."Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian, ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nakbaca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. "Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut."Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad."Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antaraorang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hariKhamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Ra'd

Surah Ar Ra'd


"Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..


Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.."Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetapsama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-Quran yang menjadihantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseoranglelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.'

Baby Snowdrop's Giveaway


Assalammualaikum wth...

To all my frenz come and join Baby Snowdrop's Giveaway . You will get free samples cloth pad. For more details please contact Baby Snowdrop's.

Thanks...
Whose know ure are lucky person...


10 November 2009

Biodata Rasulullah saw

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah  (SAW).

• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.




ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..




ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim

4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair

4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.






Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم




Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.




KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


p/s : Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)