Salam Ukhwah

17 November 2010

Alhamdulillah Selesai Bahagian Amir Rahimi

Assalammualaikum wth...

Pada 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi korban buat bahagian Amir anakku yang sulong telah selesai dilaksanakan, hadapan Surau Al-Ansar, KTC. Kulim, Kedah. Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh seluruh penduduk Taman KTC. Tiga ekor lembu tumbang bagi tujuan ibadah korban ini.. Ibadah korban ini di laksanakan awal 9.00pg selepas solat sunat Aidiladha di surau ini. Terasa meriah dan syukur sgt dengan semangat kejiranan oleh seluruh penduduk taman ini. Selepas solat sunat Aidiladha di surau hadapan rumahku...Suami pulang untuk bersalam-salaman dgnku dan anak-anak. Selepas sarapan pagi terus suamiku dan Amir mengikut ayahnya ke padang depan surau untuk melaksanakan ibadah korban... Alhamdulillah semua lembu yang hendak dikorbankan tidak membuat perangai malah seperti merelakan dan faham untuk dikorbankan. bagi kaum ibu pula sibuk bergotong-royong di dapur untuk memasak juadah makan tengah hari iaitu sup  daging lembu, air asam dan daging masak kicap..Memang seronok sekali secara beramai-ramai memasak..Tapi aku tidak dapat menolong kakak-kakak kat dapur lantaran anakku yg ke2 meragam teramat sgt...Dengan bayi yg kukandung kurasa terasa letih sgt2... Namun suami ku faham dan mintaku rehat dirumah kerana kandunganku msh awal lagi..dan bila aku lasak skit aku terasa sengal kat rahimku..Nurse di Klinik Desa juga berpesan agar jgn terlalu lasak kerana msh awal lagi baru masuk usia 16minggu... InsyaAllah akanku upload gambar-gambar sekitar Program korban yang berlansung di Taman KTCku... jumpa lagi...
Assalammualaikum wth...

12 November 2010

Traffic Jam :-(

Pada pukul 3.00 ptg-5.30 ptg  tadi, bermulalah paper exam pertama buat Ibu... Subjek Internet Programming... Memang tough juga paper ni... Dapat ja paper...semua yg Ibu baca...tak dapat ibu ingat.... buat ibu baca semua soalan berkali-kali ....dan tawakal sahaja menjawabnya.... habis paper ni tepat pkl 5.30pm... dari tmpt exam...ibu keluar dari tempat ni dah mula jam...susah hati gak...takut tersangkut kat bridge...memang benar tekaan ibu...ibu terperangkap atas bridge penang hampir 2jam.... Allah saja yang tau mcmana keadaan masa tu... nak smpi ke BKE belum ttu pkl 8 smpi...atas bridge ja dah 2jam...dah msk waktu maghrib...nak berhenti di mana-mana memang tak dapat...akhir ibu ambil keputusan ikut jalan bawah turun exit Juru. dari Juru traffic jam pula di Bukit Mertajam....dan lantas ibu pintas ke Alma untuk sampai ke Kulim...ibu cuba speed dan hati2 memandu waktu2 maghrib ni... anak dalam perut ibu menendang2...Ibu katakan...maaf yer sayang..ibu khuatir tak sempat nak solat Maghrib....maybe ankku lapar..sbb ibu hanya makan nasi pagi tadi dan tengahri hanya ambil makan yang ringan2 sahaja...rasa memang nak pitam pun ada masa tu...nasib baik ibu perasan minyak kat kereta Ibu nak habis...lantas Ibu berhenti untuk mengisi minyak..tiba-tiba pandangan mata ibu kabur...ibu berehat sebentar dan minum air msk dalam bekas air yg Ibu bawa dalam peperiksaan... rasa kuat skit...dan Ibu teruskan pemanduan...dengan harapan Ibu tak akan terlepas maghrib.... Sampai di rumah...tepat kat pagar rumah... Allahuakbar... Azan Isyak telah berkumandang.... sedih sangat2... Masuk ke rumah..suami telah siap-siap nak ke surau di hadapan rumah...& anak-anak menunggu Ibu dengan penuh girang..pelbagai celoteh di mulut mungil mereka... Suamiku pesan..lps isyak kita makan diluar....sebab suami ku faham aku kepenatan lps terperangkap 2jam atas bridge & 3jam br smpi rumah...Aku terus ke bilik air...membasuh muka dan mengambil wuduk untuk solat Isyak dan qada solat Maghrib....Maafkan aku Ya Allah.....Ampun aku....

10 November 2010

.::Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar-debar::.

Cara Menadah Tangan/Doa Dengan Betul


Pagi ini aku menerima email dari bekas rakan pengajianku...Di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana tentang cara menadah tangan dengan betul...
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.





Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .


3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

mencari keberkatan doa...

 
DOA SENJATA ORANG MUKMIN. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:


1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA


2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN.


3) APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA. TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA HAR HAYAAIL. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.


4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.


5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW.


6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA.


7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN…

09 November 2010

.:: 5 Perkara Sahaja::.


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk  mendapatkannya:-
 
1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

P/S:Kesimpulannya sebagai hamba Allah kita wajib menunaikan Solat 5 Waktu...kerana ianya tiang agama...Renung-renungkan dan selamat beramal...


Kembali Menulis...


Assalammualaikum wth...
Sudah terlalu lama, Aku tidak menulis di blog ini...Hanya kerap mengunjungi blog2 kawan dan ustazahku...
Ini lantaran jadual yang terlalu padat dengan kerja dan kuliah serta rutin harian sebagai Isteri, Ibu & Pelajar...
jumaat ini paper 1st final exam ku akan bermula...Berdebar2 rasanya sebab tidak habis mengulangkaji pelajaran... Doakan ku dapat mejawab soalan dengan tenang ya...Bila berbadan dua ni..pabila malam menjelang...selepas solat Isyak..memang terasa penat sangat badan ini...Sampaikan nak melayan karenah anak2 pun aku kadangkala tak mampu.... Maafkan ibu ya anak-anakku...Ibu terlalu letih bila malam menjelang.... Alhamdulillah suamiku amat memahamiku...bila aku dah tak larat...dia akn ambil alih tugas..melayan anak-anak dan menidurkan mereka... Rasa bersyukur yang tidak terhingga dengan anugerahMu ini Ya Allah... tidak semua manusia itu sempurna..Tapi kita cuba untuk menjalankan yang terbaik... Bulan hadapan menjelang anniversary kami yang ke5.... rasa sekejap sahaja rasanya...Tapi perjalanan masih jauh...Anak-anak yang kian membesar...Adik yang manja dengan ayahnya dan Amir yang manja dengan diriku...Terima Kasih Ya Allah atas segala anugerahMu...Amin Ya Rabb...

.::Doa Kepada Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji::.

.::Kegagahan Seorang Wanita::.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

.::Kecantikan Seorang Lelaki::.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

24 September 2010

Syukur alhamdulillah

Dengan kalam Allah yang suci, Bismillahhirrahmannirrahim...

Ribuan kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi di atas anugerahNya.... Rasa mcm baru semalam kita meninggalkan Ramadhan..rasa sebak pun ada... tak tahu sama ada tahun depan sempat ku menemuimu Ramadhan..Alhamdulillah sekali lagi ku ucapkan kerana 29hari dalam bulan Ramadhan telah dapat kutempuhi...walau pun terasa kuat sgt2 dugaan dgn gastrik yg kuat dan muntah2 serta pening. Cuma 1 hari aku gagal pertahankan lantaran aku kurang sihat dan paling memeranjatkan aku, tanggal 22 sept jam 10.30mlm, aku mendapat keputusan positif yang mengatakan aku bakal menjadi ibu buat kali ke3... Rasa gembira sgt2... Merasa manis sgt2 kali ini, puasa bersama baby dalam kandunganku buat kali pertama...walaupun mmg kuat dugaan, alhamdulillah dapat kutempuhinya dengan tenang. Pernah masa bualan Ramadhan aku ke klinik, doktor memaksa aku membuka puasa kerana gastrikku agak kuat.. Aku kuatkan semangat aku dan suami menjadi pendorongku utk aku tabah menhadapi ujianNya.
Baby ini juga akan menemankan aku sepanjang kuliah PJJ yg aku lalui setiap hujung minggu... Mungkin inilah yg dikatakan, rezeki rumah baru... genap usia Amir 4thn 2bln dan Batrisyia 2tahun 2bln...mereka  bakal mejadi kak Ngah. Amir pulang abang Amir@Along....
Ku doakan semoga sepanjang kehamilan ini, aku sihat dalam menjalani ibadat dan menjalankan tugasku sebagai seorang isteri, ibu, anak, mertua dan pelajar...
Ini sahaja untuk kali ini... Wassalam...

07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfiri 1431 Hijriah

Assalammualaikum wth
Jika hati sejernih air, Jangan biarkan ia keruh

Jika hati seputih awan, Jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, Hiasilah ia dengan iman
Andai jemari tak kuasa berjabat setidaknya kata masih dapat terungkap

Selamat Aidil Fitri, 1 Syawal 1431Hijriah
Minal 'aidzin wal Faidzin, Mohon Maaf Zahir dan Batin
Semoga rasa tawaduk, khusyuk, kesungguhan dan kefitrahan
Sentiasa melekat dan menjadi pakaian kita
Semoga amal ibadah kita diterima Allah swt,
dan kita semua diberikan kesempatan untuk
bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan.

Amiin ya Rabbal 'alamin....

17 August 2010

Always Be There

Salam,
Terima Kasih Ya Allah..memberiku peluang untukku untuk bernafas lagi di dunia ini.
Sahabat-sahabat di luar sana, ingin Mar berkongsi lirik pilihan yang amat dalam maknanya....
Antara lagu kegemaran Mar dengar ketika pergi dan pulang dari pejabat. 

Allahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Ramadhan...


Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah, baru hari ini, aku berkesempatan untuk update blog kesayanganku... kali terakhir catatanku adalah pada 21 Julai yg lepas..Dalam tempoh itu pelbagai peristiwa telah aku lalui...
25 Julai yg lalu, kami menyambut hari lahir kedua cahayamataku... Hanya keluarga terdekat yang dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Aku memasak mee hoon sup Ayam, nasi putih, kari kepala ikan dan beberapa makanan. InsyaAllah aku akn upload pic dalam blogku ini....
Pada tanggal 9 Ogos yang lalu aku menghadiri Simulasi Hardening Server di Putrajaya... walaupun seorang dari negeriku... Banyak yg aku pelajari..untuk menambah ilmu yang tidak dapat di mana-mana... Ya Allah betapa luas kalam ilmuMu Ya Allah... Terlalu kecil diri ini...

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Surau dihadapan rumahku...amat memeriahkan setiap malam Ramadhan dengan solat terawih, qiyamulail, tadarus Al-quran setiap malam dan solat-solat hajat... Suami kesayanganku dan putera sulongku Amir Rahimi pasti akan ke surau slps berbuka puasa.... Suamiku ingin mentarbiah anak lelaki sulongku supaya mengenali "Rumah Allah"...sejak usianya 3thn lagi.. Alhamdulillah tiap kali waktu solat, dia yang dahulu akan kata, ibu dah masuk waktu solat... sejuk hatiku mendengarnya... dia akn mandi dan bersiap memakai baju melayu sepasang dan kopiah putih untuk ke surau bersama ayahnya...
Ayahnya kerap berpesan agar jangan bising di dalam rumah Allah. Ikut solat bila masuk waktu... Dedahkan anak-anak kenal Allah biarlah dari rebungnya... agar dia tahu Allah yang Maha Berkuasa dan Pengasih pada setiap hambanya....Kenali Cinta Allah sejak dari kecil lagi.
Alhamdulillah, kesan yg paling aku nampak ketara ialah...Amir dan Batrisyia sudah pandai melafazkan beberapa zikir selepas solat.. sejuk hatiku bila mendengarnya..Walaupun ada pelat sedikit sebutan... Bila ada saja zikir berkumandang di TV(astro Oasis 106) kegemaran kami sekeluarga atau di radio dan surau.. Anak-anakku cepat sahaja menyebutnya... Semoga zikrullah ini menjadi sebutan di mulut mungil anak-anakku dan seluruh ahli keluargaku...
Bercakap mengenai zikir...
Aku ingin berkongsi cerita pengalaman ibu mertuaku ketika membawa kedua-dua cahaya mataku ke salah satu program di kampung.. Apabila tiba waktu bersurai, semua penduduk kampung berdoa dan berzikir beramai-ramai...terkejut ibu mertuaku apabila kedua-dua cahayamataku berzikir juga...seolah-olah mereka telah tahu zikir tersebut w/pun dalam sebutan yang pelat sedikit... Ibu mertuaku bertanya kepadaku... Lalu aku berkata, amir & batrisyia kerap ma buka Astro oasis tiap kali nak msk waktu pasti ada zikir-zikir yang berkumandang dan amir kerap ke surau ikut ayahnya. Tersenyum ibu mertuaku..kerana ramai yg puji mengatakan anak-anakku cerdik-cerdik belaka. Amin Ya Rabb.. Semua darimu Ya Allah..hambamu ini hanyalah insan kerdil yang msh banyak kelemahan yang wajib diperbaiki... Sebagai ibu doaku kepada Amir Rahimi & Nurdayana Batrisyia ialah, menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi mujahid dan mujahidah berjuang di jalan Allah....Merekalah amanah yang paling besar darimu Allah. Ya Allah, Bantulah aku dalam mentarbiah anak-anakku dalam mengenalmu...dan mencintaimu...Amin... Ya Rabb..

21 July 2010

.::6 Jenis Wanita Malang::.

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh, mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka mengungkit-ungkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
 
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
p/s: Semoga kita semua tidak tergolong di dalam kumpulan tersebut.

.::Doa Menghadapi Stress::.

Buat diriku dan sahabat-sahabat diluar sana

16 July 2010

.::Ayatul Mahabbah::.

Doa untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di luar sana.

.::Permaidani::.

Ini adalah antara lagu yang paling Ma selalu dengar, tersentuh hati ini dengan bait2 liriknya..dalam maknanya..

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih

Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

8 Cara Makeup Muslimah

Kredit dari blog ukhti ansas... berkongsi dengan semua akhwat & ikhwat di luar sana:


1. Jadikanlah Ghadul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, mungkin akan semakin bening dan jernih kerana terhasil kemanisan iman.
2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda, maka akan semakin manis :-)

3. Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil daripada rasa malu yang berasal dari salon iman.

4. Pakailah sabun istighfar yang dapat menghilangkan kuman-kuman dosa dan kesalahan.

5. Rawatlah rambut anda dengan jilbab islami yang dapat menghalang pandangan lelaki yang membahayakan.
6. Hiasilah kedua-dua tangan dan jari-jari anda dengan gelang tawadhu' dan sebaik-baik kalung yang anda gunakan adalah kalung kesucian.
7. Bedaklah wajah anda dengan air wudhu', insyaallah kan bercahaya hingga akhirat nanti.
8. Gunakan perfume yang berasal daripada akhlak islami di seluruh tubuh, insyaAllah akan semakin harum imanmu...

SELAMAT MENCUBA (^_^)

15 June 2010

Syukur Alhamdulillah Ya Allah


Salam,
Syukur, Alhamdulillah Ya Allah atas anugerahMu yang tidak terhingga. Pada tanggal 1Rejab 1431H kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru kami sepenuhnya. Selama 2hari aku, suami, adik-adik ipar dan anak-anakku bergotong-royong mengemas dan mengangkut barang-barang ke rumah baru. Memang penat, tetapi puas kerana telah selamat berpindah ke rumah baru di KTC, Kulim, Kedah Darul Aman. Akhirnya  dapat juga masuk ke rumah baru kami. Sebelum ini kami menyewa di Juru, Pulau Pinang. Walaupun sejauh 29km dari tempat kerja, suasana yang aman, tenang dan damai apabila sampai di rumah. Anakku pula tengah menyesuaikan diri mereka dengan suasana baru ini. Tiap kali waktu solat, Azan berkumandang di seluruh taman, Alhamdulillah surau hanya 10-15 tapak dari rumahku...Benar-benar berhadapan dengan surau... ^_^. Ya Allah aku amat bersyukur dengan kurniaanmu.. Kau telah makbulkan impian kami untuk mempunyai rumah berdekatan RumahMU...

Ya Allah kurniakanlah kemanisan dan taqwa kepada kami sekeluarga...Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang berhati suci, bercita-cita luhur sanggup memerintah diri sendiri sebelum memimpin orang lain dan mengejar masa depan tanpa melupakan masa lalu..
Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang beriman dan bertaqwa di jalan yang lurus dan Engkau redhai hingga Kami tidak tersesat di jalan yang Engkau murkai
Amin... Ya Rabbal Alamin...

07 June 2010

Baiti Jannati Kami...

Pemandangan dari dalam rumah.

Pemandangan Syiling rumah

Candid putera & puteriku mlm tadi...Asyik bergurau sahaja dua beradik ni ^_^


Salam..
Seperti yang telah aku janjikan dalam blog aku minggu lepas, aku akn upload gmbr rumah baru kami...ini adalah gmbarnya...Sebenarnya tak habis hias rumah lagi..maklumlah masing-masing sibuk dgn kerjaya... Apa yang ada..inilah dulu..sekian untuk tatapan kawan-kawan di luar sana... ^_^

Ibu Demam, Sakit Tekak & Ulser dalam mulut...

Salam...
Pagi ni aku rasa badan ku panas pula. siap sakit tekak dan di tambah ulser lidah pulak.. Nak cakap pun..mcm nak meleleh ja air liur..Maklumlah sakit bila gigi kena lidah... Pagi tadi Amir tak mau mandi lagi untuk kesekolah.. Puas aku pujuk...sampai tergugat jugak kesabaranku yang tengah demam dan sakit tekak ni... Sabar ajalah...ke pejabat aku bawak 1 plastik kecil bekalan ubat. Takut melarat pulak demam aku nanti. Masuk bilik aku...on ja aircond...rasa sejuk pun ada...seram sejuk... gagahkan juga bancuh air TEH O panas di pantri. Aku redha dengan sakit ni..sebab Allah masih sayangkan aku.. InsyaAllah aku akn pulih seperti sediakala.
Wassalam..... *_*

06 June 2010

Award dari Asmieyra... TQ As....

Salam..TQ as atas award yg As hadiahkan ini..Kak Arma amat hargai..Bila lagi kita nak jumpa mcm dulu ya..bawa baby msg2..tentu Arman dah besar....Kenangan kat Route69..
Semoga kita berjumpa kembali

Sukan PETANDA

Salam...
Pagi semalam dari pukul 8pg -7mlm....aku terlibat dengan sukan PETANDA negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini melibatkan 6 Pejabat Daerah & Tanah di Pulau Pianag, iaitu, SPS,SPT,SPT,DBD,DTL & PTG. Aku mewakili pejabat aku dalam pertandingan CONGKAK & DART. Memang letih tapi seronok juga....Dapat releasekan 10sion skit... Dalam pertandingan ni..memang mcm2 peel ada...Yang frust skit..congkak akami dapat No.2 tapi mata kami sama 8mata kemenangan dengan SPU. tapi dari pengiraan menang dalam pertandingan SPU menang 16 dan SPS 15. Itu yang buat kami jatuh tempat kedua.. Aku memang sedih sebab bila msk round ke3, aku kalah tipis..sedih gak kat team aku... tapi nak buat mcmana aku dah buat yg terbaik... Anyway...memang penat smlm...dan mlm tadi terus aku demam& sakit tekak... Hari Ahad ni, aku x bercadang nak kemana2 sebab x sedap badan & tambahan pula suami aku kerjalah...
wslm...

04 June 2010

Batrisyia Tak Sihat


Salam,
Malam tadi suami kerja malam. Semalam aku memang amik cuti untuk uruskan pengeluaran KWSP aku bagi pembiayaan pengajianku. Tiba2 hp ku berbunyi dan aku lihat ada sms dari pengasuh anakku Mama Ida, msgnya pendek "Tisya Penat"...terus aku bg tahu suami dan kami terus siapakan urusan KWSP kat Seberang Jaya. Sampai nursery, aku tgk batrisyia tengah lena dalam nada dadanya yg penat... Dari riak wajahnya buat hati aku sayu... Dengan perlahan, aku dukung Batrisyia dalam kereta..Bila tgk aku & suamiku terus Tisya tersenyum...dan panggil..ibu...ayah...Tapi nafasnya mmg bunyi lain sangat..Lalu aku dan suami balik kerumah dan memberinya ubat yang memang sentiasa ada dlm peti ais...Bila makan ubat..legalah skit..tapi memang meragam...serba-serbi tak kena.... Risau juga bila suami x ada waktu mlm...saat anak-anak x sihat. Aku hanya mampu berdoa..agar Anak-anakku cepat sempuh... Amin...

02 June 2010

Amir Ikut ke Pejabat

Salam..

Pagi ni 2 jun 2010, memang tak dijangka ada sahaja yang berlaku...Anak sulongku Amir telah menyembur matanya dengan minyak wangiku. Apa lagi..terus meraung kepedihan matanya..Aku masa tu kat dapur tgh basuh botol susu anak-anak. Terus ku bimbing Amir ke singki dapur untuk cuci matanya. Masih mengadu pedih sambil meraung kepedihan. Aku pun sebak tgk matanya...

Di tambah lagi bila matanya & muka tiba2 bengkak dan merah...Aku cuci mukanya dan letak beberapa titik "eye more" kat matanya... Masih terpejam dan menangis dari rumah smpi nursery & tadikanya...

Sampai di tadika, Cikgu Zaleha memujuk Amir untuk ke sekolah... Puas aku & cikgu pujuk tetap berkeras tidak mahu turun dari kereta. Akhirnya aku putuskan membawanya ke pejabatku.. Sebab jam tanganku telah menunjukkan pukul 8.00pagi.. Aku perlu msk ofis sblm pukul 8.30pagi. Kalut juga aku membawa kereta pagi tadi..Risau jika terlewat masuk ofis...Sepanjang perjalanan aku berpesan dengan Amir agar menjaga tingkah laku semasa di pejabat ibu. Risau gak jika ada miting gempar..manalah aku nak letakkan anakku ini...Letak dalam bilik aku memang boleh tapi...confirm Amir teriak menangis tinggal dalam ofis sorang2...Alhamdulillah PA Bos aku kata, tak ada miting apa2, Hanyalah perbincangan di kalangan pegawai kanan Tanah.
 
Fuhhh.... lega... Ketika aku menaip blog ini, Amir ada di sebelah aku... baru lps mandi waktu zohor tadi dan tengah rehat...Alhamdulillah tak ganggu aku kat pejabat ni..dan tugasan aku... Aku telefon suami dan katakan Amir ada kat ofis ma, terkejut suami aku. Tapi aku kata, Amir tak ggu aku dan tugasan aku kat pejabat... Kesian pula bila teringat Batrisyia sorang2 kat nursery..tentu tercari2 abangnya... Lagi 2jam 20minit baru akan habis waktu kerja... Malam ni sambung semula tugas pack2 kotak2 untuk pindah ke rumah baru. Selagi tak habis kemas & pindah selagi itu tak selesai lagi...

01 June 2010

Persiapan pindah ke rumah baru ^_^

Salam...
Minggu lepas dan mingu ni adalah minggu yang amat  kritikal time frame masanya. Sibuk dengan kerja, study hujung minggu dan proses pindah rumah masuk ke rumah baru kami di KULIM KTC. Memang rasa letih sangat2.. terkejar2 dgn kuliah dan kemas rumah... Buat masa sekarang hampir 90% perabot dah masuk ke rumah baru kami. Tinggal nak masukkan pingan mangkuk( Hadiah pernikahan kami 5thn yg lalu yg ada 1 kotak besar x bukak2 lagi). Serta lagi setengah kain baju aku & suami serta anak2. Apabila melangkah kerumah baru..Aku melafazkan lafaz syukur..kerana, akhirnya impian utk memiliki rumah tercapai.... Bukanlah rumah banglo..hanyalah rumah teres yg berhadapan dengan surau... Terasa tenang suasana dan hening tiap kali azan solat berkumandang.... Waktu maghrib & Isyak..Suami tersayang dan Putera sulongku Amir Rahimi ke surau berjamaah di sana. Sejuk hati melihat puteraku yang berusia 4thn(Amir Rahimi) melangkah bersemangat ke surau. Sangat dekat dgn rumahku...dalam 10-15 langkah sudah sampai ke surau... Balik dari surau dengan suara nyaring..Amir memberi salam.." Assalammualaikum ibu.. Amir dah balik"..sejuk hati bila dengar.. Aku dan suami berdoa agar Amir akn semakin mencintai rumah Allah. Amin Ya Rabb...

Dalam rumah kami ini...masih belum siap lagi dengan hiasan dinding lagi... x tau frame yang mcmana nak letak lagi...Hiasan dinding frame islamik itu sudah pasti & bermotifkan tumbuh-tumbuhan..semoga ruang dalam rumah nampak lebih tenang dan natural... Aku tidak suka hiasan yang sarat...Simple tetapi cantik. Maklumlah anak-anakku masih kecil lagi..dan insyaAllah akan ada lagi...Maklumlah quota anak x cukup lagi... hehehe.... ^_^. Hhhmmm.... Malam tadi..aku sekeluarga singgah ke kedai lampu untuk membeli lampu dinding bagi bilik bujang Amir.. Tersengih sampai ke telinga, apabila Amir dapat lampu impiannya bergambar "Mickey Mouse"... Aku kata Amir janji kena belajar rajin-rajin lagi tau. Jika Sem lepas dapat No.4, kali ni ibu nak Amir dapat No.1 dan Iqra mesti level 3@4 pula.Nanti kat rumah baru, Ibu & Ayah akan carikan Amir sekolah tadika yang baru... Kemungkinan besar tadika Islam pula,Amir senyum ja... Lepas pi kedai lampu..terus kami singgah kedai "Char Kuey Teow Tok Ayah" berhadapan dengan kedai lampu tersebut di Bukit Minyak. Memang sedap Char Kuey Teow ni... Amir punyalah suka sebab banyak udang... Antara makanan kegemarannya... Tapi x boleh makan banyak..sebab Amir alah sedikit dengan seafood... Selepas selesai..kami sekeluarga pulang ke rumah sewa kami.. Kami x tidur rumah baru lagi..sebab nak habiskan packing barang2 dalam kotak. Nanti aku akan upload pic rumah baru kami.... Wassalam...

24 May 2010

Markah Sem 1 Amir.

Salam...
Dah lama sungguh aku x update blog aku ini. Terlalu sibuk & terikat dengan tugasan harian. Tambahan pula aku dah bergelar pelajar PJJ hujung minggu di UTM. Memang menguji kesabaran yang amat tinggi. Yang menuntut aku supaya membahagikan masa dengan antara belajar, bekerja, isteri kepada Mr.Rizal dan ibu kepada Amir Rahimi & Batrisyia.
Baru-bari ini amir dah amik exam sem 1 kat Tadika Bistari, Bukit Minyak. Amir dalam kelas "STARFRUIT". Umur Amir bulan 7 ni, genap 4tahun. Semasa naik kereta, Amir kata, "ibu..ibu..amir dah dpt result exam... Nanti ibu tengok yer..." Muka Amir ceria dan tersenyum sepnjg dalam kereta. Aku pun x sedar bila masa exam Amir... Tambahan pula aku bulan lepas pun sama sibuk dengan final. Sampai ja di rumah aku pun melihat keputusan exam amir sem 1, Alhmdulillah dan rasa sebak sangat, sebab x sgka, semua mata pelajaran Amir dapat A, dengan peratusan 85%. Kedudukan dalam kelas No. 4/25. Syukur alhmdulillah... Apabila suamiku pulang dari bekerja, Amir terus tunjukkan keputusan exam nya. Ayahnya pun mcm tak percaya. Bila ayanhnya uji semula, memang nampak Amir semakin maju kehadapan. Ayanhnya pesan agar Amir belajar secara bijak dan dapat No.1 pada sem 2 nanti.Aku & suami nampak perbezaan yg amat ketara pada Amir, sebelum masuk TADIKA dan selepas.  dalam usianya yg baru menginjak 4tahun julai ni...dapat menyaingi rakan2 yg usia lebih tua darinya. Syukur padamu Ya Allah.... atas anugerah & amanah yang tidak terhingga yang kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku doakan agar Amir menjadi anak yang soleh & khalifah islam yang berjaya di dunia & akhirat. nanti aku akn update gambar2 ujian Sem 1 Amir untuk tatapan kawan-kawan di luar sana.

21 April 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

*Petikan dari laman web darussyifa.org, buat manafaat kita bersama.

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;



Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.



Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;



1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.



2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.



3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.



4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.



5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.



6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.



7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.



8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal



Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.



Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.



Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.





Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri



1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.



Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.


Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)



Wallahu’alam

12 April 2010

Berlajarlah Berbudi Bahasa


Salam..
Pagi ini aku dan juruteknikku tengah buat set up utk CCTV storage yg baru pejabat ku beli. Setelah siap install dan setting.. ada 1 bahagian di mana Storage dapat merekod motion... dalam format yg kami kehendaki. Tapi apabila playback tidak seperti dalam format yang dikehendaki. Lalu kami membuat keputusan untuk telefon vendor... Talian di smbut oleh seorang lelaki yg bernama S*********** > Juruteknik ku bertanya dengan penuh sopan dan memberitahu masalah yg pihak kami hadapi dengan hardware itu..tapi apa yg kami dapat maki-hamun pulak oleh makhluk S********* ni. Kami sabar mendengar. Memang kurang ajar punya vendor... Inilah kali pertama dapat layan "on the phone" dgn tidak bersopan,..hilang sudah budi bahasanya.  Yang paling buat aku kesal ialah dia sebangsa denganku dan beragama islam... Hilang sudah adat ketimuran yg amat menitik beratkan budi bahasa..  Si S************* ni bernasib baik, kerana juruteknik aku yg telefon..jika aku pasti aku akan matikan tiap ungkapan kurang ajar si S******* ini.... Maaflah aku cakap... dahlah company ciput..tapi berlagak. Selama aku berurusan dgn company besar, tidak pernah kujumpa staf yg tidak ada budi bahasa.. Malah dengan rasa rendah diri berhadapan dgn customernya...
Hhhmmmm....macam-macam... hilang mood pagiku yg baik....

05 April 2010

Kereta Break Down Di Spg Ampat

Salam..
Rasanya terlalu lama aku tidak update blog aku ini. Pagi ini sesuatu telah terjadi padaku... Hatiku pagi ini berdebar-debar. terasa bagai terasa akan berlaku sesuatu. Anak-anakku seperti biasa ceria nak ke nursery dan sekolah masing-masing.  Setelah smpi di nursery dan tadika, aku turunkan anak-anakku untuk ke tempat asuhan dan tadika. Lalu aku beredar seperti biasa ke tempat kerjaku di Selatan Penang. Sampai di Simpang Ampat, aku berhenti di Shell berhampiran untuk mengisi minyak keretaku... Dan jadi kewajipan bagiku akan matikan enjin ketika mengisi minyak..Selepas selesai mengisi, aku pun memulas kunci keretaku untuk menghidupkan enjin...tiba-tiba...enjin keretaku x bleh hidup. Aku mencuba berkali-kali...namun keputusannya tetap sama. Lalu aku meminta attendant pam, mamat bangla untuk tolong tolak kereta ketepi tempat letak kenderaan di Shell situ. Aku ucapkan terima kasih. Lalu dgn selamba aku bukak bonet kereta, takut battery keretaku down. Aku bukak lampu kereta & horn..semuanya ok...Hati mula panik...lalu aku hubungi rakan sekerjaku memberitahu keadaan keretaku. Selang 30 minit.Rakan sekerjaku seramai 2orang datang ke tempat kereta aku "break down". Mereka pun cuba memeriksa keretaku..Keputusannya tetap -ve. Hanya yg mampu kubuat skrg ialah meminta mekanik mai ke keretaku. Kemungkinan besar "starter" kereta aku rosak..yg hairan pagi tadi ok...Bila dipertengahan jalan mula buat hal. Apa yg perlu aku lakukan ialah redha dengan ujian Allah ini...Aku lewat smpi ke pejabatku 1jam. Aku hubungi suamiku, untuk memberitahu keadaan kereta yang rosak......... Sekarang di bengkel...tggulah result kereta ku petang ini. Harap2 dpt disiapkan sblm ptg ini....

17 March 2010

Ibu...Sekolah Amir Cuti....


Alahai malulah pulak anak ibu ni...
Salam...
Aku nak kongsi satu cerita  lucu tentang diriku dan anak sulongku... Seperti biasa pagi isnin (15 Mac) aku siapkan baju sekolahnya dan beg Ben10 Amir...smpi ke sekolah... Pengasuh mengatakan padaku sekolah tutup hari ini..hanya nursery yang buka... Ya Allah, aku benar2 lupa yg cuti sem1 telah bermula... Amir pelik pandang muka aku... Lalu mengatakan "Ibu..kenapa kawan-kawan amir tak mai sekolah"... aku pun tergelak dan mengatakan.."ibu minta maaf sebab ibu lupa amir dah mula cuti.. Amir ikut adik pi nursery ya..." tengok2kan adik tau...Amir cuti.... Lalu Amir pun msk menyeret beg Ben10 nya dan baju sekolahnya pengasuhnya simpan untuk dipakai pd hari isnin minggu depan... Bila waktu aku menjemputnya dari sekolah pula... Amir dengan mulutnya yg munggil riuh cerita yang ramai kawan-kawannya x mai sekolah... amir kata mak depa cikgu... knp ibu x cuti... dengan tersenyum aku kata " Ibu bukan seorang cikgu sayang..Ibu cikgu komputer kat pejabat ibu....Sebab itu ibu x cuti....Komputer semua kawan-kawan ibu guna"... Lalu Amir diam dan merenung diluar tingkap kereta..manakala adik pula...dok sengeh tgk abangnya...
Hai anak-anak ibu.... ^_^

05 March 2010

Alhamdulillah Terpilih Memenangi Giveaway As Collection

Salam...
Baru sebentar tadi, aku menerima mesej dari Kak As, Sabah. Syukur alhamdulillah aku terpilih sebagai pemenang bertuah bagi Giveaway As Collection. Terasa terharu sangat dan tak pernah termimpi untuk memenangi peraduan ini..Inilah kali pertama aku terpilih sebagai pemenang. Aku tak nak berharap sangat sebab kebanyakkan contest yg aku sertai..Rezeki tidak berpihak buatku...Alhmdulillah kali ini aku terpilih sebagai pemenang... Terima kasih Kak As. Semoga Allah sentiasa memberkati As sekeluarga.

Wslm

12 February 2010

Giveaway As Collection

Assalammualaikum wth...
Semasa check blog pagi ni..terlihat blog pengusaha mutiara yang berjaya dari Sabah Kak As. Kak As ingin membuat give away mutiara yang sangat cantik. Cuba lihat gambar di bawah:


GELANG MUTIARA AIR MASIN 12MM

BROOCH MUTIARA 8MM GRED A


GIVEAWAY AS COLECTIONS ANDA INGIN MEMILIKi:
1) GELANG MUTIARA AIR MASIN 12MM
2)BROOCH MUTIARA 8MM GRED A
KEDUA-DUANYA MENGGUNAKAN MUTIARA BERKAULITI..
SYARATNYA ANDA HANYA MENYERTAI PERTANDINGAN GIVEAWAY AS COLLECTION.

Mari Kita Sama-sama lihat Syarat Pertandingan:


1) ADD BLOG AS COLECTION DALAM BLOG ANDA DIDALAM TANGGA TERATAS
2) BUAT ENTRY MENGENAI GIVEAWAY AS COLLECTION DALAM BLOG ANDA
3) EMELKAN PENYERTAAN ANDA DALAM segaliud@gmail.com. nama penuh dan alamat blog anda, utk pihak admin as collection menilai siapakah pemenang bertuah.
Sebelum itu saya ^_^ akhiri dengan pantun 6 kerat:
Puteri Kinabalu menetap di Sabah,
Tunangannya pula putera Melaka,
Selalu terigau di alam maya,
Giveaway Kak As dari Sabah,
Gelang Dan brooch cantik belaka,
Semoga murah rezeki saya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)