Salam Ukhwah

17 November 2010

Alhamdulillah Selesai Bahagian Amir Rahimi

Assalammualaikum wth...

Pada 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi korban buat bahagian Amir anakku yang sulong telah selesai dilaksanakan, hadapan Surau Al-Ansar, KTC. Kulim, Kedah. Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh seluruh penduduk Taman KTC. Tiga ekor lembu tumbang bagi tujuan ibadah korban ini.. Ibadah korban ini di laksanakan awal 9.00pg selepas solat sunat Aidiladha di surau ini. Terasa meriah dan syukur sgt dengan semangat kejiranan oleh seluruh penduduk taman ini. Selepas solat sunat Aidiladha di surau hadapan rumahku...Suami pulang untuk bersalam-salaman dgnku dan anak-anak. Selepas sarapan pagi terus suamiku dan Amir mengikut ayahnya ke padang depan surau untuk melaksanakan ibadah korban... Alhamdulillah semua lembu yang hendak dikorbankan tidak membuat perangai malah seperti merelakan dan faham untuk dikorbankan. bagi kaum ibu pula sibuk bergotong-royong di dapur untuk memasak juadah makan tengah hari iaitu sup  daging lembu, air asam dan daging masak kicap..Memang seronok sekali secara beramai-ramai memasak..Tapi aku tidak dapat menolong kakak-kakak kat dapur lantaran anakku yg ke2 meragam teramat sgt...Dengan bayi yg kukandung kurasa terasa letih sgt2... Namun suami ku faham dan mintaku rehat dirumah kerana kandunganku msh awal lagi..dan bila aku lasak skit aku terasa sengal kat rahimku..Nurse di Klinik Desa juga berpesan agar jgn terlalu lasak kerana msh awal lagi baru masuk usia 16minggu... InsyaAllah akanku upload gambar-gambar sekitar Program korban yang berlansung di Taman KTCku... jumpa lagi...
Assalammualaikum wth...

12 November 2010

Traffic Jam :-(

Pada pukul 3.00 ptg-5.30 ptg  tadi, bermulalah paper exam pertama buat Ibu... Subjek Internet Programming... Memang tough juga paper ni... Dapat ja paper...semua yg Ibu baca...tak dapat ibu ingat.... buat ibu baca semua soalan berkali-kali ....dan tawakal sahaja menjawabnya.... habis paper ni tepat pkl 5.30pm... dari tmpt exam...ibu keluar dari tempat ni dah mula jam...susah hati gak...takut tersangkut kat bridge...memang benar tekaan ibu...ibu terperangkap atas bridge penang hampir 2jam.... Allah saja yang tau mcmana keadaan masa tu... nak smpi ke BKE belum ttu pkl 8 smpi...atas bridge ja dah 2jam...dah msk waktu maghrib...nak berhenti di mana-mana memang tak dapat...akhir ibu ambil keputusan ikut jalan bawah turun exit Juru. dari Juru traffic jam pula di Bukit Mertajam....dan lantas ibu pintas ke Alma untuk sampai ke Kulim...ibu cuba speed dan hati2 memandu waktu2 maghrib ni... anak dalam perut ibu menendang2...Ibu katakan...maaf yer sayang..ibu khuatir tak sempat nak solat Maghrib....maybe ankku lapar..sbb ibu hanya makan nasi pagi tadi dan tengahri hanya ambil makan yang ringan2 sahaja...rasa memang nak pitam pun ada masa tu...nasib baik ibu perasan minyak kat kereta Ibu nak habis...lantas Ibu berhenti untuk mengisi minyak..tiba-tiba pandangan mata ibu kabur...ibu berehat sebentar dan minum air msk dalam bekas air yg Ibu bawa dalam peperiksaan... rasa kuat skit...dan Ibu teruskan pemanduan...dengan harapan Ibu tak akan terlepas maghrib.... Sampai di rumah...tepat kat pagar rumah... Allahuakbar... Azan Isyak telah berkumandang.... sedih sangat2... Masuk ke rumah..suami telah siap-siap nak ke surau di hadapan rumah...& anak-anak menunggu Ibu dengan penuh girang..pelbagai celoteh di mulut mungil mereka... Suamiku pesan..lps isyak kita makan diluar....sebab suami ku faham aku kepenatan lps terperangkap 2jam atas bridge & 3jam br smpi rumah...Aku terus ke bilik air...membasuh muka dan mengambil wuduk untuk solat Isyak dan qada solat Maghrib....Maafkan aku Ya Allah.....Ampun aku....

10 November 2010

.::Doa Mohon Dihilangkan Rasa Berdebar-debar::.

Cara Menadah Tangan/Doa Dengan Betul


Pagi ini aku menerima email dari bekas rakan pengajianku...Di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana tentang cara menadah tangan dengan betul...
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.





Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .


3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

mencari keberkatan doa...

 
DOA SENJATA ORANG MUKMIN. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:


1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA


2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN.


3) APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA. TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA HAR HAYAAIL. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.


4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.


5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW.


6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA.


7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN…

09 November 2010

.:: 5 Perkara Sahaja::.


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk  mendapatkannya:-
 
1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

P/S:Kesimpulannya sebagai hamba Allah kita wajib menunaikan Solat 5 Waktu...kerana ianya tiang agama...Renung-renungkan dan selamat beramal...


Kembali Menulis...


Assalammualaikum wth...
Sudah terlalu lama, Aku tidak menulis di blog ini...Hanya kerap mengunjungi blog2 kawan dan ustazahku...
Ini lantaran jadual yang terlalu padat dengan kerja dan kuliah serta rutin harian sebagai Isteri, Ibu & Pelajar...
jumaat ini paper 1st final exam ku akan bermula...Berdebar2 rasanya sebab tidak habis mengulangkaji pelajaran... Doakan ku dapat mejawab soalan dengan tenang ya...Bila berbadan dua ni..pabila malam menjelang...selepas solat Isyak..memang terasa penat sangat badan ini...Sampaikan nak melayan karenah anak2 pun aku kadangkala tak mampu.... Maafkan ibu ya anak-anakku...Ibu terlalu letih bila malam menjelang.... Alhamdulillah suamiku amat memahamiku...bila aku dah tak larat...dia akn ambil alih tugas..melayan anak-anak dan menidurkan mereka... Rasa bersyukur yang tidak terhingga dengan anugerahMu ini Ya Allah... tidak semua manusia itu sempurna..Tapi kita cuba untuk menjalankan yang terbaik... Bulan hadapan menjelang anniversary kami yang ke5.... rasa sekejap sahaja rasanya...Tapi perjalanan masih jauh...Anak-anak yang kian membesar...Adik yang manja dengan ayahnya dan Amir yang manja dengan diriku...Terima Kasih Ya Allah atas segala anugerahMu...Amin Ya Rabb...

.::Doa Kepada Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji::.

.::Kegagahan Seorang Wanita::.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

.::Kecantikan Seorang Lelaki::.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)