Salam Ukhwah

17 November 2010

Alhamdulillah Selesai Bahagian Amir Rahimi

Assalammualaikum wth...

Pada 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi korban buat bahagian Amir anakku yang sulong telah selesai dilaksanakan, hadapan Surau Al-Ansar, KTC. Kulim, Kedah. Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh seluruh penduduk Taman KTC. Tiga ekor lembu tumbang bagi tujuan ibadah korban ini.. Ibadah korban ini di laksanakan awal 9.00pg selepas solat sunat Aidiladha di surau ini. Terasa meriah dan syukur sgt dengan semangat kejiranan oleh seluruh penduduk taman ini. Selepas solat sunat Aidiladha di surau hadapan rumahku...Suami pulang untuk bersalam-salaman dgnku dan anak-anak. Selepas sarapan pagi terus suamiku dan Amir mengikut ayahnya ke padang depan surau untuk melaksanakan ibadah korban... Alhamdulillah semua lembu yang hendak dikorbankan tidak membuat perangai malah seperti merelakan dan faham untuk dikorbankan. bagi kaum ibu pula sibuk bergotong-royong di dapur untuk memasak juadah makan tengah hari iaitu sup  daging lembu, air asam dan daging masak kicap..Memang seronok sekali secara beramai-ramai memasak..Tapi aku tidak dapat menolong kakak-kakak kat dapur lantaran anakku yg ke2 meragam teramat sgt...Dengan bayi yg kukandung kurasa terasa letih sgt2... Namun suami ku faham dan mintaku rehat dirumah kerana kandunganku msh awal lagi..dan bila aku lasak skit aku terasa sengal kat rahimku..Nurse di Klinik Desa juga berpesan agar jgn terlalu lasak kerana msh awal lagi baru masuk usia 16minggu... InsyaAllah akanku upload gambar-gambar sekitar Program korban yang berlansung di Taman KTCku... jumpa lagi...
Assalammualaikum wth...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya





Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)