Salam Ukhwah

02 June 2010

Amir Ikut ke Pejabat

Salam..

Pagi ni 2 jun 2010, memang tak dijangka ada sahaja yang berlaku...Anak sulongku Amir telah menyembur matanya dengan minyak wangiku. Apa lagi..terus meraung kepedihan matanya..Aku masa tu kat dapur tgh basuh botol susu anak-anak. Terus ku bimbing Amir ke singki dapur untuk cuci matanya. Masih mengadu pedih sambil meraung kepedihan. Aku pun sebak tgk matanya...

Di tambah lagi bila matanya & muka tiba2 bengkak dan merah...Aku cuci mukanya dan letak beberapa titik "eye more" kat matanya... Masih terpejam dan menangis dari rumah smpi nursery & tadikanya...

Sampai di tadika, Cikgu Zaleha memujuk Amir untuk ke sekolah... Puas aku & cikgu pujuk tetap berkeras tidak mahu turun dari kereta. Akhirnya aku putuskan membawanya ke pejabatku.. Sebab jam tanganku telah menunjukkan pukul 8.00pagi.. Aku perlu msk ofis sblm pukul 8.30pagi. Kalut juga aku membawa kereta pagi tadi..Risau jika terlewat masuk ofis...Sepanjang perjalanan aku berpesan dengan Amir agar menjaga tingkah laku semasa di pejabat ibu. Risau gak jika ada miting gempar..manalah aku nak letakkan anakku ini...Letak dalam bilik aku memang boleh tapi...confirm Amir teriak menangis tinggal dalam ofis sorang2...Alhamdulillah PA Bos aku kata, tak ada miting apa2, Hanyalah perbincangan di kalangan pegawai kanan Tanah.
 
Fuhhh.... lega... Ketika aku menaip blog ini, Amir ada di sebelah aku... baru lps mandi waktu zohor tadi dan tengah rehat...Alhamdulillah tak ganggu aku kat pejabat ni..dan tugasan aku... Aku telefon suami dan katakan Amir ada kat ofis ma, terkejut suami aku. Tapi aku kata, Amir tak ggu aku dan tugasan aku kat pejabat... Kesian pula bila teringat Batrisyia sorang2 kat nursery..tentu tercari2 abangnya... Lagi 2jam 20minit baru akan habis waktu kerja... Malam ni sambung semula tugas pack2 kotak2 untuk pindah ke rumah baru. Selagi tak habis kemas & pindah selagi itu tak selesai lagi...

2 comments:

lily said...

salam kak...alahai ciannyer kat amir dah kene keje skali ngn ibu ea..arini jadi PA ibu la amir kan...hehehe...akak memang supermum..

sis arma said...

wslm wth. Lily, memang kesian kat Amir juga...dlm pukul 3.30pm Amir Lena dalam bilik akak..Akak alaskan kain batik di karper dalam bilik dan letak bantal dikepala Amir. Bilik akak aircond..kesian tgk amir..Lalu akak selimutkan Amir dengan Blazer akak... ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.::Doa Ibu::.

.::Doa Ibu::.

Perjalanan Penyusuanku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Melayari Bahtera Selamanya


Our Little Muslimah Is Born

Coretanku

12 Amalan-amalan Murah Rezeki (1) Aidiladha (2) Aidilfitri (1) Al-Fatihah (1) Al-Quran (1) Amalan Soleh (4) Amir (5) Amir Demam.... (1) AMPAC Kulim (1) Asmaul Husna (1) Award (1) Ayat Motivasi dan Mutiara Kata (1) Baiti Jannati (2) Balik Kampung (1) Batasan Aurat dan Hukum (1) Batrisyia (1) Bengkak susu. (2) Bilal Bin Rabah (1) Bilal Diseksa (1) Bilal Yang Teguh Iman (1) Breastfeeding (2) Candid Anak2ku (3) Contest (4) Coret2 (2) Darussyifa' (1) Demam (3) Didikan Anak (2) Disayangi Suami (1) Distributor Shaklee Kulim. (1) Doa Solat Tahajud (1) Doaku (11) Fadhilat memelihara solat sunat dhuha (1) Fadilat Zikir (3) Family Event (3) Geram (1) Giveaway (12) Hari Lahir (3) Iblis Syaitan (1) Impian (2) Jangkitan Paru-Paru (1) Kangkung Lintah (1) Kejujuran (1) Kelebihan Solat Tahajud. (1) Kerja (3) Kisah Agama (2) Kisah Pedoman (1) KIsah Teladan (2) Kongsi Ilmu (6) Lirik dan makna Qasidah Ya hanana (1) Lirik Pilihan (1) Luahan (23) Luahanku (6) Madu Masad (1) Membuka Kunci Limpahan Rezeki dengan Solat Dhuha (1) Mingguan Yang Cbuk (1) Murah rezeki (1) Mutiara Hati (2) Nama Anak Syaitan (1) Panduan (3) Penawar Kepenatan (1) Pengedar Sah Shaklee Kulim (1) Penyusuan Ketika Puasa (1) Permata Hati (8) Program Tautan Kasih Ikatan Profesional Muslim (1) Puasa2008 (1) Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera (1) Ramadhan (1) Raya (2) Renungan (1) Resepi Aku (3) Sakit lutut (1) sakit sendi (1) Selawat Burdah (1) Senarai Tentera Badar Al-Kubra (1) Shaklee Distributor Kulim (1) Sharing Info (2) Sheikh Abdul Kadir al-Jailani (1) Solat Dhuha (3) Surah Al-Insyirah (1) SuraH Al-Kautsar (1) tak upload gambar (1) Tazkirah (24) Tinta Lebaran (1) tulang sulbi (1) Uric Asid (1) Zikir (1)